Saturday 29 June 2013

Tempoh Kritikal & Sensitif 6 Tahun Pertama


Tempoh Kritikal/Sensitif ini adalah sangat penting dalam perkembangan awal kanak-kanak. Ya, seawal bayi yang berumur 1 hari.
Adalah sangat penting bagi kita dewasa, tidak kira samada kita adalah ibu, bapa ataupun pendidik, untuk dapat bersama-sama dalam mendidik dan membimbing anak-anak sebelum tempoh kritikal ini mencapai tahap menurun dan mendatar.

Saya ambil contoh, melihat pada gambarajah, Kemahiran Mendengar pada graf meningkat dari mula lahirnya bayi sehinggalah mencapai umur 3 tahun. Kemahiran ini berkait rapat dengan Awal Literasi (Emergent Literacy), juga berkait rapat dengan kebolehan bertutur. Untuk menggalakkan minat membaca, kita perlukan 4 perkara asas ini : Mendengar + Bertutur + Membaca + Menulis. Jadi, untuk kanak-kanak mencapai tahap boleh membaca dan menulis, kita dewasa haruslah memulakan dengan banyak berkomunikasi dengan kanak-kanak pada tempoh masa yang sangat kritikal ini.

Jika kita terlepas waktu kritikal ini, ia menjadi sangat sukar. Sukar dalam pelbagai faktor, antaranya, ia akan mengambil masa yang lama kerana perkembangan otak kita perlu menumpukan proses-proses yang ada pada perkara-perkara yang lain (mengikut tahap umur). Sebagai contoh, jika kita baru hendak menggalakkan komunikasi dengan anak-anak pada umur 4 tahun (graf sudah mula menurun), pada waktu yang sama, anak-anak ini di ajar membaca, maka ini akan memberikan satu tekanan buat Short Term Memory yang tidaklah sebesar mana. Tekanan ini akan membuatkan proses itu menjadi lembab. Kita pula sebagai ibubapa/guru mungkin boleh hilang sabar, mungkin akan memarahi anak tersebut. Tapi masalah yang asalnya tadi ialah, kita kurang berkomunikasi dengan anak-anak.

Setiap apa yang di bualkan sebenarnya di simpan di dalam kamus otak kita. Lebih-lebih lagi bagi Bayi yang belum boleh bercakap. Kita boleh lihat ya, ada kanak-kanak yang kurang bercakap (biasanya di sebabkan kurang komunikasi dari ibubapa atau penjaga) dan ada kanak-kanak yang sangat petah (biasanya di sebabkan ibubapa yang rajin berkomunikasi dengan mereka). Ini terbukti dengan beberapa pemerhatian yang saya lakukan. Saya ada kawan yang anaknya masih belum bercakap walaupun sudah mencapai umur 5 tahun. Kenapa? Sebab ibu dan bapanya memang sangat pendiam. Jika ada pun komunikasi, ia hanyalah 1 atau 2 perkataan. Dan kebanyakan darinya, adalah semata-mata arahan. Contoh: Minum Susu. Pergi Makan. Walhal, ini adalah contoh ayat yang patut di gunapakai pada tahap 8 bulan – 1 tahun 6 bulan – tahap di mana kanak-kanak sedang belajar bercakap.

Saya sebenarnya sudah lama mempersoalkan perkara ini. Alhamdullillah, melalui pengalaman belajar Cognitive Processes in Language Processing, dan melalui kajian, saya cuba untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan yang timbul, sehinggalah berjumpa dengan fakta ini yang di kaji di Negara United Kingdom. Banyak lagi yang boleh di kupas melalui graf ini. InsyaALLAH, jika ada rezeki kita berjumpa, boleh saya kongsikan bersama anda semua.



Read More

Friday 28 June 2013

Motivation



Dan ini pula adalah sedikit motivasi buat para pelajar yang sedang mengikuti kursus2 berkenaan Awal Kanak-Kanak dan juga mereka yang sudah tamat pengajian, juga bagi mereka yang berpandangan jauh dalam bidang ini.
Pendek kata, yes, START FROM NOW! Kita masih lagi di peringkat awal dalam mengembangkan bidang Awal Kanak-Kanak di MALAYSIA. Saya sangat berharap kita semua berpandangan POSITIF! Jika boleh, saya berharap negara kita dapat mengikut jejak langkah negara2 MAJU dalam bidang ini. InsyaALLAH.. ia akan mengambil masa, but it is never too late to start now.

Bagi Cikgu2 Tadika - Anda mungkin bakal CONSULTANT. Anda mungkin bakal BEHAVIOUR EXPERTS. Anda mungkin BAKAL PENSYARAH.

Bagi mereka yang pandai design - anda mungkin seorang CHILDREN CLASSROOM's INTERIOR DESIGNER, anda mungkin seorang CONSULTANT dalam bidang STATION-BASED LEARNING, anda mungkin expert dalam SPECIAL EDUCATION.

Bagi mereka yang meminati SPECIAL EDUCATION - kita mungkin boleh capai ke tahap seperti di United Kingdom - di mana - setiap kanak-kanak istimewa di MALAYSIA akan di assignkan seorang SPECIAL EDUCATION TEACHER, SPECIAL EDUCATION CHILDCARER, SPECIAL EDUCATION CONSULTANT - sehinggalah mereka mencecah umur 16 tahun!

Dan pelbagai lagi.. Saya sangat berharap kita semua tidak CLOSE MINDED - 
we must open up our MIND!!
Di beri peluang, saya akan buat short coverage on this issue pada masa akan datang. NANTIKAN!


Read More

Thursday 27 June 2013


For interactive and clearer view : http://prezi.com/rvo3sswzeaqx/career-in-ece/
Many complaints that people look down on them when they said, I am studying Early Childhood. What is so wrong about that? Are you stuck at being only a Kindy Teacher? NO YOU'RE NOT!!!
Let me tell you what is wrong with this. The fact that this is a new area, building up in Malaysia since 2005/6, we do not have enough exposure to what we can be. Not only that, the fact that, are these jobs available? Well, this is up to us to create them.
When there are demands (which at the moment YES!!! e.g. the need of MAIDS is increasing), I am pretty sure that there will be an increase in the number of students undertaking ECE degrees. We, at the same time, should be creative enough to create new names for the job itself! WALLA!!!
Hope this opens up some minds, some ideas provide hopes for many more ECE graduates in the future. I have recently shared with the Students of KFCH International College - I shall share with you some of the PowerPoint Slides and photos in an album.
Visit this for an interactive slide : http://prezi.com/rvo3sswzeaqx/career-in-ece/
Thank you!



Read More

Wednesday 26 June 2013

A Talk On Career



KFCH International College - Miss Azwa Dayana -  thank you for the invites grin emoticon 

 Hope to see you again soon!







Read More

Phonics Workshop - UPSI



A brief capture of what's going on during the workshop. It was a fun great day. We had lots and lots of activities together. I really hope participants did enjoyed it grin emoticon

 InsyaALLAH, if ALLAH permits, would love to have more sessions, to assist early reading!








Read More


Kenangan berada bersama mereka yang hebat. Terasa diri ini sangat kerdil. Tapi syukur ALHAMDULLILLAH segala puji bagi ALLAH SWT, kerana memberi peluang ini grin emoticon

 Terima kasih kepada KFiqh dan tak lupa juga buat DheeyaFathana PausChumel
I really owe you a lot!







Read More

Tuesday 25 June 2013

Multiple Intelligences




Multiple Intelligences atau Kecerdasan Pelbagai sentiasa mengagumkan saya. Setiap kita adalah sangat Unik. Allah jadikan kita lain dari yang lain, walaupun 99.99% dalam genetik kita semuanya sama, yg membezakan antara kita adalah peratusan yang sangat kecil, tetapi itulah yang menjadikan kita unik.
Perkara yang sama juga harus kita lihat pada anak-anak kecil.. mereka sangat unik dan seharusnya kita mempunyai pelbagai cara bagi membantu mereka mengharungi dunia ini. MI atau Kecerdasan Pelbagai memberikan satu perspektif yang sangat menarik, di mana ia menekankan bahawa anak-anak mempunyai kelebihan mereka yang tersendiri.
Bukan itu sahaja, MI ini juga memberikan satu nafas baru dalam cara untuk membantu mengenali kebolehan anak-anak yang kemudiannya boleh di seimbangkan dengan teknik yang betul. Antaranya ialah dengan menggunakan Station-Based Learning.
 InsyaALLAH, ada rezeki, saya akan kongsikan lagi.



Read More

Monday 24 June 2013

Bismillahirrahmanirrahim



Sebagai permulaan, Salam buat semua. Saya kongsikan image ini buat tatapan anda. InsyaALLAH - saya akan kongsikan lebih banyak lagi selepas ini.





Read More