Wednesday 30 July 2014

17 hugs a day? Woahhh...


Research says that a child needs at least 17 hugs a day.

Are you giving them enough hugs? 
Hugging is known to stimulate the brain. Hugging n snuggling does... 

I know its difficult... But keep practicing.. It will be trickier as they grow bigger...

Read More

Wednesday 23 July 2014

Domains of Learning


Keseimbangan dalam mendidik anak-anak kecil

Berkongsi ilmu untuk pagi ini, saya amat berharap agar Parents dapat kongsikan dengan parents2 lain juga ya. 
Saya rasa, ramai Cikgu2 yang ada ilmu ini, tetapi saya tidak pasti sejauhmanakah Cikgu2 mengaplikasikan perkara ini. Dalam mendidik anak-anak, kita harus seimbangkan ketiga2 Domains of Development ini. Some says, its the Domains of Learning.

Keseimbangan ini adalah sangat sangat penting. Tetapi ramai kita hari ini lebih menekankan aspek COGNITIVE semata2. Ya, anak anda pandai, tapi lembik dan tidak tahu untuk protect diri sendiri. Ya, anak anda pandai, tapi tak pandai nak ikat tali kasut. Ya, anak anda hebat menghafal sifir tetapi attitude fail. Ya, anak anda hebat sains etc tetapi tidak ada skil menggunting. Tuan2 dan Puan2, adalah amat crucial untuk anda seimbangkan perkara ini. 



Kognitif : Berkaitan dengan mental skills @ knowledge
  • Ya, saya nampak, semuanya sibuk mengejar EXAM dengan tujuan nak SCORE high marks... Tetapi menekankan hanya aspek kognitif, tidak membawa anak anda kemana2 jika mereka tidak ada attitude yang bagus.
Affektif : Growth in feelings or emotional areas (attitude or self)
  • Yang ini, saya masih merasakan kita kurang bercakap dengan anak2... kita menidakkan hak mereka untuk meluahkan perasaan.. kita tidak melayan mereka apabila mereka perlukan a shoulder to cry on or an ear to listen. Kita parents, ada yang mengikut2 style parenting yang lama... yang agak negatif, dimana ego diletakkan antara anda dan anak... KENAPA perlu begitu? 
  • Its ok for a boy to cry... but you got to talk to them.. I would usually say: Yes, it's ok for you to cry, everybody cries.. would you like to talk about it? (i'm sure after that, the crying goes louder... well, get him closer, hug him, pat him on the shoulder, and then...) Ok, you can cry.. once you're cooled down, let's talk about it...
  • Simple kan? Boleh.. cuma kita kena ada HEART to do it.. We must.. for the sake of a better empathetic generation... We need to have a more caring generation... our generation now dah tak kisah orang lain.. jiran sendiri pun tak kenal dan ada yang tak nak kenal.. 
Please parents, kita seimbangkan perkara ini. Buat Cikgu2 pula, tak perlu garang2. Be more empathy, listen and talk to them.

Psychomotor : Manual or physical skills (skills)
  • Ofcourse, children needs to develop this, and one simple way is through playing... They need to play physically.. they need to climb.. they need to play with your sofas... jump around.. jumping on bed. Haha... you'll freak out right? Naahhh... if you think your home is not the right place, you need to think twice... kita sediakan tempat yang sesuai untuk anak2.. bukan yang hanya menepati kehendak kita ya... Be Creative!
Pendek kata, please look at this seriously, and please balance up their domains of development!

URL :
https://www.facebook.com/drafzanmaria/photos/a.535810639811710.1073741826.535779603148147/731180980274674/?type=3&theater





Read More

Tuesday 22 July 2014

Love and Care


Dear teachers and parents : love and care comes first before anything else,


Saya beberapa kali berpesan kepada guru2, jika anda boleh buatkan anak murid anda percayakan anda (theory trust vs mistrust) sehingga nama anda sentiasa di bibir mereka, walaupun mereka pulang kerumah... Maka anda telah berjaya seperti yang tertulis dalam image. Well done!


Tapi, jika anda terlampau garang... Sorry... They won't learn from you

.. Or even if they do... Ilmu itu hanya untuk exam... Bukan untuk real life practices... The knowledge comes with Grudges.. Complaints.. Dendam... 

Cuba sit back and reflect.. Yes.. Kita pun ada cikgu garang... Tapi betul ke lessons tersebut kekal hingga sekarang? Dia garang maka kita takut... maka kita belajar sebab kita nak please dia... Kesannya? Hasilnya?
  Do u still practice them? Let's discuss.

URL :
https://www.facebook.com/drafzanmaria/photos/a.654383181287788.1073741841.535779603148147/730551067004332/?type=3&theater.


Read More

Monday 21 July 2014

Dear Parents,



Adakah anda perasan, bahawa pada bulan yg mulia ini, kita balik awal... Kita ada masa untuk makan beramai2 dan bersama2 dengan ahli keluarga, sibuk macamana pun, kita usahakan untuk balik awal, untuk beli atau sediakan juadah berpuasa.. Kemudian solat bertarawih beramai2... Dan pelbagai lagi perkara yang dilakukan bersama ahli keluarga... Perasan tak? Allah SWT beri kita peluang ini? Sedar tak.. Allah beri nikmat ini supaya kita reflek kembali 11 bulan yang lain2 itu? 

Did we spend enough time for our children? 
Sit back and reflect.

Ramadhan hampir berakhir... anda pasti merinduinya... anda pasti rindu pada masa2 yang anda luangkan bersama mereka yang tersayang.

xx

(Make du'as for GAZA + MH17 + MH370 + all MUSLIMs + those who are not yet Muslim, insyaAllah)

URL :
https://www.facebook.com/drafzanmaria/photos/a.535810639811710.1073741826.535779603148147/730048703721235/?type=3&theater


Read More

Thursday 17 July 2014

Dear Teachers,




A gentle reminder dearest teachers.. 

CHANGE your method if you know that it doesn't 
help the children. 
-sit with them-mingle around-talk to them-discuss-appreciate the children-be professional-respect the child for who they are-talk nicely-no need to shout-children can listen, only if you respect them-

URL :
https://www.facebook.com/drafzanmaria/photos/a.535810639811710.1073741826.535779603148147/728324640560308/?type=3&theater


Read More

Tuesday 8 July 2014

Dear Daddies,


 
Ajarilah anak perempuan anda bahawa mereka adalah sangat berharga seperti mutiara di lautan.
Nurture them (pupuk) dengan penuh kasih sayang, supaya mereka tidak mencari2 kasih diluar sana.
Tunjukkan pada mereka, betapa mereka dihargai. Dengan menghargai isteri anda (ibu kepada anak2 anda)
Pulangnya anda kerumah, letakkan segala kerja ofis ketepi dan fokuslah pada mereka.
Insyaallah... Sebelum kita terlepas waktu2 bersama mereka.

URL :
https://www.facebook.com/drafzanmaria/photos/a.535810639811710.1073741826.535779603148147/723952827664156/?type=3&theater



Read More

Monday 23 June 2014

Slow Down Your Pace


Credit to : Usaha Parenting Secret Mission by CreativeWithKids.com : http://creativewithkids.com/secret-mission-slow-down/

Dear all parents that I truly care... 

Please SLOW DOWN your pace! 

Dalam dunia yang serba canggih ini, semuanya kita nak cepat2... sehinggakan anak2 ikut tergopoh gapah mengejar kita... 

Please SLOW DOWN!
Anak2 meniru segala gerak geri kita... 
Adakah anda perasan? Ramai remaja yang dalam awal 20-an drive kereta dengan sangat tergopoh gapah.. ramai yang rata2 dengan masih berlesenkan 'P' tetapi drive dengan sangat gopoh...
Elakkan ini dari terjadi pada anak-anak kita.. 

Spend time with your dearest children.. They are your most adorable ANGELS!!!


URL :
https://www.facebook.com/drafzanmaria/photos/a.535810639811710.1073741826.535779603148147/715373138522125/?type=3&theater


Read More

Friday 23 May 2014

6 Reasons Not To Ignore Your Crying Baby


Credit to : http://sg.theasianparent.com/why-not-to-ignore-your-crying…/

Saya terpanggil untuk berkongsi artikel ini, kerana realitinya di negara kita, lebih-lebih lagi masyarakat kita yang kurang sensitif terhadap pentingnya Emotional Quotient @ EQ. Yang biasa kita dengar adalah IQ. Untuk intelligent.
Ya, kita sangat sibuk dengan perihal nak pandai! Tetapi kita lupa bahagian EMOTION / perasaan, di mana ada kajian yang sudah pun membuktikan perkaitan rapat antara emotion dan intelligent.
Kenapa anda tidak di galakkan membiarkan anak-anak anda menangis menangis bersendirian atau unattended.


Mengabaikan tangisan anak anda, boleh mencacatkan tumbesaran anak anda.
  1. Adakah anda tahu, tangisan adalah salah satu cara bayi berkomunikasi dengan anda?
  2. Adakah anda tahu, mengabaikan tangisan bayi atau anak kecil boleh mencacatkan ekspresi secara verbal?
  3. Adakah anda tahu, apabila anda mengabaikan tangisan bayi atau anak kecil ini, mereka belajar bahawa, emosi sedih adalah tidak di terima di dunia ini.
  4. Adakah anda tahu, apabila kita mengabaikan tangisan tersebut, pada pandangan anak kecil tersebut, kita seolah-olah memandang rendah pada perasaan mereka, atau apa yang cuba mereka sampaikan pada kita.
  5.  Apabila mereka belajar semua yang disebut di atas, maka, itulah yang mereka praktikkan. Mereka tidak akan ada sifat EMPATHY!
  6. Kesimpulannya, MENANGIS adalah NORMAL.
Seperti artikel2 yang saya kupaskan sebelum ini, menangis yang di abaikan, ada perkaitan dengan STRESS. Adakah anda sudah baca artikel Fear & Anxiety? Cecair stress HORMON KORTISOL tadi boleh merencatkan pertumbuhan otak yang sihat.
Yang sebenarnya, tidak ada istilah MEMANJAKAN anak kecil. Mereka perlukan kasih sayang kita. Tapi wujud dalam masyarakat kita, susah benar nak melahirkan rasa kasih sayang tersebut. Sehinggakan ramai antara kita yang kaku dan tidak pandai mengekspresikan diri mereka.
Cukup saja saya dalam bidang awal kanak-kanak. Melatih bakal guru awal kanak-kanak, saya lihat ramai yang tidak pandai menggunakan puppet, storytelling, etc.. Apatah lagi dalam berkomunikasi dengan anak-anak.
Jangan terkejut, ramai remaja sekarang yang kurang kasih sayang sewaktu mereka kecil dahulu, mencari2 kasih sayang mereka di luar sana, maka berlakulah pelbagai gejala sosial, baik lelaki, mahupun perempuan. Semuanya interrelated, saling berkaitan, jadi jangan sesekali anda terus menyalahkan seseorang itu, bilamana mereka di besarkan dengan kecacatan-kecacatan dari sudut emosi dari kecil.
Saya amat berharap agar kita semua celik mata sekarang... lebih-lebih lagi dalam dunia yang sangat canggih ini, ipad tidak lekang dari tangan anak-anak. Sudah pasti kita tak nak anak-anak kita ini seperti robot pula 10 tahun akan datang.

URL :
https://www.facebook.com/drafzanmaria/photos/a.535810639811710.1073741826.535779603148147/699807890078650/?type=3&theater


Read More

Tuesday 22 April 2014

Classroom




See.... Dah beberapa kali saya cuba sampaikan... Organisation dalam classroom... SANGAT KRITIKAL!
X perlu susun skema.. Kalau dapat susunan sebegini... Lebih menarik!

Children learn easily through informal settings

  • Reggio Emilia
  • Waldorf
  • Forest Kindergarten
  • High Scope
  • Montessori

Semua boleh digunapakai.. Jom Kreatif!

URL :
https://www.facebook.com/drafzanmaria/photos/a.535810639811710.1073741826.535779603148147/684737728252333/?type=3&theater


Read More

Sunday 20 April 2014

Little Gym - Kota Damansara


At Little Gym, kota damansara celebrating my nephew's birthday. Watch - interesting pirate theme!

Ahoy!!!
Tak sempat untuk terangkan dengan lebih lanjut.

The Little Gym - has an interesting concept.
Mereka menekankan Physical Development - dimana ianya bukan semata-mata exercise dan melatih fizikal - seperti Pendidikan Jasmani yang kita semua lalui di sekolah-sekolah. Ianya lebih dari itu.
Juga menggunakan unsur2 drama, unsur2 communication, action, body language. Saya merasakan pemerhatian yang di lakukan petang semalam adalah sangat menarik.
Memang sukar untuk kita dapati pengalaman sebegini buat anak2 di sekolah2 biasa. Mungkin di setengah sekolah.
Memang sukar kita melihat skill yang di bawa oleh Pelatih2 ini (yang semuanya sangat berpengalaman, termasuk seorang Gymnast Negara yang berasal dari Terengganu), melalui guru-guru biasa.
Semuanya adalah berkenaan dengan PASSION.
The projection of voice, friendly VOICE, bukan GARANG, tetapi WELCOMING and FRIENDLY.
Mungkin juga faktornya adalah sebab berbayar, atau bisnes. Tetapi, passion mereka wujud di situ. Memang satu pengalaman yang saya rasakan sangat bagus untuk anak2.
Lebih-lebih lagi, anak2 yang cenderung ke arah interpersonal, intrapersonal, body smart, music smart --> Multiple Intelligence components.
Yes, saya sangat mengesyorkan anda untuk bawa anak2 ke gym kanak2 seperti ini. Zaman sekarang ini, kita ada banyak outlet2 yang menyediakan kemudahan seperti ini.

The Little Gym  
Charge sebanyak RM260 sebulan - mereka juga ada menyediakan bayaran 6 bulan terus - lebih murah berbanding bayaran bulanan. Kelas sebanyak 4 kali sebulan.

Juga ada Kiddo Gym Programme - anda boleh lihat di sini : http://www.kiddo.com.my/t1/kiddogym.php
Harap ini membantu.

URL :
https://www.facebook.com/drafzanmaria/videos/683699958356110/?theater


Read More

Wednesday 16 April 2014

Reasoning with Babies


Tonton video ini, dan perhatikan perbualan tersebut.



Menarik kerana yang dewasa (tak pasti samada ayah atau pakcik) melayan si kecil (Jacob berumur 1 tahun).
Baby talk seperti ini memang sangat menarik selain dari menggalakkan anak menjadi bubbly.
Jika anak anda ada potensi bubbly seperti ini, layan lah segala percakapan mereka. Ia akan meningkatkan bilangan vocabulary dalam lexical database mereka.

Elakkan dari menggunakan bahasa pelat. Cakap seperti anda bercakap dengan orang dewasa.

URL :
https://www.facebook.com/drafzanmaria/videos/681611055231667/?theater


Read More

Tuesday 8 April 2014

Parents -Teachers - Communities


Dalam Pendidikan Awal Kanak2, kita ada satu subjek yang membicarakan perihal kerjasama antara semua pihak dalam meningkatkan kualiti penjagaan dan pendidikan anak2 kita.

Working for Children: interdisciplinary and multidisciplinary team.
Teamwork adalah sangat penting dalam menjayakan sesuatu perkara. Sudah sampai masanya kita STOP dari menuding jari ke mana2 pihak. Sebaliknya, ibubapa digalakkan untuk membantu pihak sekolah, dgn syarat, pihak sekolah juga bersikap terbuka dalam bekerjasama dgn ibubapa.

Ya betul.. Bukan mudah untuk kita tukar polisi atau sistem. Tetapi, apa salahnya jika kita 'join in' dan sama2 membantu memperbaiki apa yang sedia ada.
Saya diberitahu oleh seorang rakan, SK Setiawangsa mempunyai Action Group PIBG yang sangat aktif. Anda boleh dapati ibubapa di dalam kawasan sekolah, pada bila2 masa, sama2 membantu guru2 dalam proses Pengajaran & Pembelajaran.
Alangkah seronoknya jika budaya ini diamalkan oleh semua sekolah. Dan jika semua ibubapa sanggup korban apa sahaja demi membantu anak2 di sekolah.
Kita sebagai satu masyarakat majmuk, kita sama2 membantu. Anak2 kawan adalah juga anak2 kita.
Semoga anda dapat sesuatu dari menonton video ini. Tonton sehingga habis.
Salam dari saya.

URL :
https://www.facebook.com/drafzanmaria/videos/677879128938193/?theater


Read More

Sunday 6 April 2014

Painting Stroke


Teknik painting stroke ini bukan calang2 teknik. Ia memerlukan kemahiran tertentu. Antaranya adalah kemahiran motor halus dan hand-eyes coordination.
Seperti juga penggunaan gunting, kemahiran mengendalikan berus ini perlu diasah dari awal.
Melalui teknik ini juga, saya dapat mengenali watak anak saya yang agak penyabar dan secara rahsianya mempunyai kemahiran artistic yang creative.
Bagaimana saya mengetahuinya? Terima kasih pada Kiddo Arts - www.kiddo.com.my - kerana memberi peluang kepada saya dalam memahami karektor anak ini.
Ilmu dalam awal kanak2 sangat luas dan subjektif. Saya juga sentiasa belajar perkara baru.

URL :
https://www.facebook.com/drafzanmaria/videos/677006702358769/?theater


Read More

Thursday 3 April 2014

Why Parents Need to Let Their Children Fail?



Artikel yang bagus untuk kita semua baca dan amati, apa yang kita sebagai ibubapa rentangkan di hadapan anak2 kita.

Kadang2, kita terlampau overprotective, sehinggakan kita takut jika anak kita melakukan kesilapan.

"It's OK to make mistakes!"

"Nobody's perfect!"

Kita terlalu mahukan yang terbaik, sehinggakan markah 95% adalah tidak cukup bagus! Maka, di marahi anak2 kita ini, kerana mahukan 100%. Kejayaan itu untuk siapa? Anak kita? Atau untuk KITA?

Anak2 seawal umur 5 tahun sudah di hantar ke pusat tuisyen? UNTUK APA?!?!?!? Mereka tidak dibenarkan BERMAIN. KENAPA? 

Ini semua, sedar tak sedar adalah kesan dari budaya kita yang cukup membanggakan anak masing2, sehinggakan di jadikan satu COMPETITION. Anak awak dapat berapa A? Anak saya dapat 10A... bla.. bla.. bla.. Cukup menunjukkan satu tahap pemikiran yang sangat cetek.


Kita tidak bertanding dari sudut itu.. tapi lebih membanggakan, jika kita semua dapat bersama2 capai satu matlamat yang sama. Jika anak2 ini dapat sama2 turut membincangkan satu masalah yang besar, dan dapat bersama2 untuk menyelesaikannya. Ini lebih memberansangkan. 

Ya, dewasa ini, kita lihat, masih ramai antara kita yang terlalu overprotective

STOP Comparing! Stop being overprotective!

It is time to allow some space for your children to grow within themselves. For YOU to keep on SUPPORTING! Bukan untuk CONDEMN! 

Zaman kita lain.. zaman mereka lain.. 

So, keep on supporting ya? Moga dengan segala support yang ada, anda dapat mewujudkan hubungan yang akrab dengan anak2 dan dapat membina satu generasi penyayang.


URL :
https://www.facebook.com/drafzanmaria/photos/a.535810639811710.1073741826.535779603148147/675657209160385/?type=3&theater


Read More

Wednesday 2 April 2014

Low Cost Project : Colorful Pasta



  1. Cuka / Vinegar
  2.  Pasta
  3. Colourings

How?


  1. Letakkan pasta ke dalam bekas.
  2. Tuangkan cuka. Pastikan semua pasta dalam keadaan terendam. 
  3. Tuangkan warna yang anda suka. Gaulkan.
  4. Biarkan semalaman.
  5. Esoknya, buang air cuka. Ratakan pasta atas tisu/Suratkhabar.
  6. Jemur pasta tersebut. Keringkan.


URL :
https://www.facebook.com/drafzanmaria/photos/a.535810639811710.1073741826.535779603148147/675340635858709/?type=3&theater


Read More

Thursday 27 March 2014

Collections Of PAMZ




Add caption

One of the Genius Aulad Bubbly Teachers doing her EMCEE-ing.

With Genius Aulad Bubbly Teachers. Great discussion there.
MQA Programme Standard: Early Childhood Education 
Panel Review
Read More

Monday 17 March 2014

Babies & Toddlers Activity #4 : Mirror Play



Adakah anda perasan bahawa anak2 anda sangat gemarkan cermin? Ya, seawal bayi, mereka memang sangat gemar melihat bayangan di dalam cermin.

Letakkan mereka di hadapan cermin mengikut jarak yang sesuai (bayi perlu lebih dekat kerana jarak penglihatan mereka tidak sama dengan kanak-kanak kecil). Apa-apapun, pastikan anak anda dalam keadaan yang selamat.

Perkenalkan diri mereka dan siapa yang berada di dalam cermin tersebut.

Perkenalkan bahagian-bahagian muka seperti mata, hidung, mulut, telinga, rambut dan juga bahagian-bahagian anggota badan. Usap lembut setiap bahagian ini. 

Ya, walaupun mereka belum boleh bercakap, percayalah bahawa setiap perkataan itu di simpan di dalam Lexical Database di dalam otak mereka.



Apa objektif permainan ini? 

"Mirror game/play" membantu anak anda untuk belajar bagaimana hendak fokus, bagaimana hendak trek imej di hadapan mereka, dan sudah pasti untuk meneroka all the wonderful things yang boleh di lakukan oleh mimik muka. 

Permainan ini menggalakkan pertumbuhan dari sudut sosial dan emosional apabila mereka berinteraksi dengan kita dan adik beradik yang lain.

Yang paling penting ialah : Mereka mengenali diri mereka dan ini pastinya memberikan mereka keyakinan yang tinggi pada diri sendiri.

URL :
https://www.facebook.com/drafzanmaria/photos/a.535810639811710.1073741826.535779603148147/667348639991242/?type=3&theater


Read More

Discipline Techniques


Mesej dari Ibu Rose Prof. Dr. Rozieta Shaary

Ada yang berkata bila disarankan jangan memukul anak kecil berlebihan, "aku dulu masa kecik selalu saja kena pukul dengan batang paiplah, batang kayulah, aku jadi manusia juga. Aku berjaya juga.'

Ada dua perkara yg Ibu hendak katakan di sini.

PERTAMA : 
Tahniah kerana anda menjadi manusia dan berjaya.

KEDUA : 
Tahniah kerana anda berjaya memahami tujuan ibu bapa anda melakukan perbuatan memukul itu dan anda mengambil yang baik dari situ.
Namun , ketahuilah, ramai anak yang sering dipukul, dimarah tanpa sebab dan berlebihan menjadi manusia juga tetapi manusia yang terluka.

Luka di badan parutnya nampak. Luka di hati parutnya tidak nampak namun manusia inilah yang melalui hidup dengan penuh baran, senang tercetus kemarahan, senang bergaduh, senang memukul anak sehingga hilang kawalan. Susah mengikut arahan, cepat melawan authority, memukul dan mencederakan orang lain tanpa dapat mengawal diri. Tiada keyakinan diri, monyok, lemah dan semua benda tidak tahu dan tidak mahu nak buat. Diri pula penuh dengan ragu-ragu.

Ya, memang jadi manusia. Tapi manusia macamana? Itulah yang selalu kita terlepas pandang.



URL :
https://www.facebook.com/drafzanmaria/photos/a.535810639811710.1073741826.535779603148147/667370829989023/?type=3&theater


Read More

Saturday 15 March 2014

Project : Mark Making


Aktiviti yang sangat simple saya lakukan dengan anak berumur 2.5 tahun. Matin sangat sukakan airplane, jadi saya printkan seperti dalam gambar. Apa yang kami lakukan disini adalah mengira berapa bnyk airplane yang ada.


Melalui observation saya, Matin hanya mengira sehingga nombor 6 dan akan mengulang2 kiraan tersebut beberapa kali. 



Tindakan susulan saya adalah untuk meningkatkan kemahiran mengira Matin untuk mengenali nombor lebih dari 6.

Simple kan? Selain dari melakukan aktiviti, kita juga dapat mengenali kelemahan mereka.

Matin juga berpeluang untuk melakukan Mark Making di sini.


URL :
https://www.facebook.com/drafzanmaria/photos/a.535810639811710.1073741826.535779603148147/666338136758959/?type=3&theater


Read More

Wednesday 12 March 2014

Little Minds



I am still making notes on the fear and anxiety issue. 
Meanwhile, this is for all of you... I totally heart this!

Read More

Friday 7 March 2014

Sizes Of Planets


Teaching children the sizes of planets... And where we are...

Subhanallah, this is awesome!!


URL :
https://www.facebook.com/drafzanmaria/photos/a.535810639811710.1073741826.535779603148147/662475660478540/?type=3&theater


Read More

Wednesday 5 March 2014

We Learn


Dear Moms and Dads,


URL :
https://www.facebook.com/drafzanmaria/photos/a.535810639811710.1073741826.535779603148147/661665613892878/?type=3&theater


Read More

Friday 28 February 2014

Children - Love


Let us all help each other to educate ourselves about CHILDREN.

.. and when you talk about CHILDREN... it is all about LOVE ...


URL :
https://www.facebook.com/drafzanmaria/photos/a.535810639811710.1073741826.535779603148147/659244294135010/?type=3&theater


Read More

Wednesday 26 February 2014

Child Safety Awareness


jom ramai2 like this page :
https://www.facebook.com/childline15999

Remember, if you have any problem, call 15999.

Thank you!


URL :
https://www.facebook.com/drafzanmaria/photos/a.535810639811710.1073741826.535779603148147/658394090886697/?type=3&theater


Read More

PROJEK TASKA



Dear Citizens of Malaysia,

I am handling this short-simple-sweet PROJEKTASKA to collect as many number of TASKA (any taska) we have all around us in our neighbourhoods. 

TASKA = 0 to 4 years old 

Could you all please, I mean pleeeaaaaassseeeee help?

Simply SNAP a photo (with the taska's name)
Write your area
PM me here or
Email to projektaska@gmail.com

This is a k.o.m.u.n.i.t.i.p.r.o.j.e.k

It will definitely help all of us, the P.E.O.P.L.E., our new generations.

I personally THANK YOU in advance. HUGS!!

-please share-let's see how many replies we could get in a week-

URL :
https://www.facebook.com/drafzanmaria/photos/a.535810639811710.1073741826.535779603148147/655268297865943/?type=3&theater


Read More