Wednesday 15 June 2016

Syllabus Overhaul


Nervous tak bila dapat news macam ni?
Apa maksud Total Revamp? Its June now! Total revamp for 5 million school students? Has enough research been done before executing the revamp? Semua pihak sudah bersedia?


All the best to everyone! (the only thing I could think of now)
I will just keep quiet and watch. If its a positive one, Alhamdullillah. If it is not, Allahuakbar.. I am going to worry.
Hoping for positive changes. Ameen.


Read More

Monday 13 June 2016

Finnish Education


Bila Ustaz Hasrizal Abdul Jamil berbicara, how can I not agree. We have the same brainwave. We have the same dream. Mudah2-mudahan segala usaha kita dipermudahkan.
Seronok bila dapat berjumpa beliau, duduk dan bercerita. MasyaAllah, saya envy beliau ke Finland. Soon, saya mungkin mengikut langkah beliau dalam #kinderkaizenjourney ini.
Mahukan perubahan bukan semudah mengubah pemikiran semua. Mahukan perubahan, melakukan perubahan, di datangi pelbagai jenis rintangan, Allah Maha Mengetahui. Moga dipermudahkan perjalanan ini. Saya yakin setiap kita memainkan peranan masing-masing.




Keunikan sistem pendidikan sekolah di Finland diterangkan dengan baik di dalam video ini. Selepas mengetahui tentang sistem berkenaan, reaksi kita bukanlah "jom ke Finland". Sebaliknya, apakah perubahan dan penambah baikan yang boleh dibuat terhadap sistem pendidikan kita?
  1. Menjauhkan pembelajaran dan murid-murid daripada KPI pelbagai pihak, bermula daripada guru, Pengetua, sekolah, pegawai pendidikan hinggalah menteri. Sekolah adalah mengenai pembelajaran murid. Semua pihak berkhidmat untuk menjayakan proses anak-anak belajar. Itu sahaja
  2.  Menjauhkan sekolah daripada ahli politik, birokrat dan ahli perniagaan. Mereka bukan VIP sekolah. Di sekolah, VIP adalah murid-murid
  3. Memberi kepercayaan kepada Pengetua untuk memimpin sekolah dan berkuasa menentukan keperluan dan keutamaan sekolah masing-masing. Pengumuman jerebu juga Pengetua yang buat dan hari ganti diuruskan berpandukan pekeliling. Menteri tidak perlu terbabit dalam operasi harian sekolah
  4. Menghapuskan amalan birokrasi yang tidak berfaedah dalam laporan, pemantauan, dan yang seumpama dengan dengannya. Laporan berkala hendaklah dikurangkan dan mudah-mudahan penaziran boleh dihapuskan
  5. Melindungi sekolah daripada perbandingan keputusan peperiksaan. Media tidak dibenarkan membuat liputan keputusan peperiksaan di peringkat sekolah. Sebaliknya hanya mendapatkan data rasmi melalui sidang akhbar oleh Kementerian
  6. Guru-guru dibebaskan daripada potfolio yang tidak ada kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran, dimotivasi semula agar positif, memiliki rasa harga diri yang tinggi, disembuhkan daripada sarcasm dan berpegang dengan tatasusila tinggi dalam interaksi dan komunikasi
  7. Ibu bapa difahamkan tentang persekolahan, pembelajaran anak dan pendidikan keseluruhannya melalui media, sesi-sesi di sekolah dengan maksud meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak

Selebihnya, kita usahakan sama-sama. Sekolah swasta hendaklah dijadikan rakan perkongsian pintar. Sekolah swasta janganlah sekadar menyediakan ruang belajar tetapi memanfaatkan autonomi untuk lebih reflektif dan mencuba pedagogi serta reka bentuk kurikulum yang inovatif lagi berkesan.


Read More

Wednesday 8 June 2016

Where Learning Is Meant To Be Fun


Saya kongsikan sekali lagi, semoga yang belum berkesempatan menontonnya dapat peluang menonton. Always inspire!
Pernah ada beberapa yang berkata, aahhh... mana sesuai dgn negara kita? Siapa kata tak sesuai? Atau kita yang tak nak menyesuaikan diri? Jika ianya memberi peluang pada semua untuk excel dan berjaya, malah lebih baik dari Exam Oriented approach, apa salahnya?
MasyaAllah.. Banyak sangat kelebihan approach sebegini. Hanya mereka yang tidak percayakan PROSES akan menolak cara ini. Mana mungkin setiap sesuatu terus menghasilkan result? Setiap sesuatu itu akan melalui sesuatu PROSES dalam menjadi sesuatu.
One day, insyaAllah semoga berkesempatan untuk menjadi salah seorang yang melihat keberhasilan sekolah-sekolah seperti ini di negara sendiri. Yang pasti, Allah memberi ruang untuk memulakan sesuatu ‪#‎kinderkaizenjourney‬ moving forward definitely!




Read More

Saturday 4 June 2016

Teacher Centred - Children Centred


Seperti yang pernah saya jangkakan dalam beberapa siri talk saya, 10 tahun akan datang, ianya bukan lagi tentang berapa A anak anda dapat. Ianya berkenaan life skills, leadership skills, segala jenis skill yang tidak ada kena mengena dengan HAFALAN EXAM.
Dah ada parents yang nampak perkara ini, maka TAHNIAH di ucapkan kerana anda berada di track yang betul.
Bagi anda yang belum, masih belum terlambat.
Bagi anda yang tahu rakan-rakan anda yang masih sibukkan Grade A, Kelas Pertama, etc... mohon kongsikan.
Alhamdullillah kita memang ada bidang Vokasional dan Teknik. Cumanya ia tidaklah seglamer institusi lain.
Its ok. Yang pasti, ianya akan glamer tidak lama lagi.
Insyaallah semoga kita semua positif menghadapi perubahan2 ini.

*Nota Kecil : Vietnam naik dalam tangga PISA beberapa tahun lepas mengalahkan kita walaupun negara tersebut tidaklah semaju Malaysia. BAGAIMANA? Mereka hanya tukar daripada Teacher-Centred kepada CHILDREN-CENTRED.

Read More

Change!



Sometimes, kita tidak hanya boleh jadi keyboard warrior. Sometimes, kita perlu keep on moving forward dan usahakan perubahan.
Saya maafkan mereka yang memberi feedback negatif, mungkin kerana kita tidak mengenali. Saya berterima kasih pada mereka yang memberi sokongan, kerana anda mungkin kenal saya atau memahami apa yang cuba saya sampaikan.
It's ok. This is life. And it is a big wonder of how the environment actually nurture each one of us, making who you really are on social media.
Whatever it is, I have a strong believe that everyone is playing their role in this process of change.
-a big smile for all of you-


Read More

Monday 30 May 2016

The Decline Of Play and Rise


Kurangkan Bermain = Peningkatan Masalah Mental di Kalangan Kanak-kanak

Mengukur kestabilan emosi anak-anak adalah semudah mengukur tahap kegembiraan (happiness) mereka.
Kajian telah di buat berkenaan tahap kegembiraan anak-anak yang bersekolah (menurut artikel Gray ini) :





"The lowest levels of happiness by far (surprise, surprise) occurred when children were at school, and the highest levels occurred when they were out of school and conversing or playing with friends. Time spent with parents fell in the middle of the range. Average happiness increased on weekends, but then plummeted from late Sunday afternoon through the evening, in anticipation of the coming school week."

Persoalan para pengkaji :
Bolehkah kita tingkatkan tahap kegembiraan ini sewaktu anak-anak berada di sekolah? Bagaimana?
  • Boleh! Jika kita faham bagaimana mengenali karektor anak yang berbeza
  • Boleh! Jika kita semua sedia maklum - kognitif otak ini akan berhenti menerima dan memproses input selepas 10 minit duduk sahaja dalam mana2 sesi pembelajaran
  • Boleh! Jika kita tukar cara pengendalian, cara pembelajaran, cara bercakap (elakkan terlalu banyak arahan tetapi banyakkan friendly talk)
  • Boleh! Jika kita perkenalkan PLAY atau kebebasan dalam belajar (kurikulum adalah anak-anak itu sendiri) lebih dari 60 minit setiap separuh sesi
  • Boleh! Jika kita semua yang dewasa ini sangat PEKA dengan perkembangan Emosi (EQ) anak-anak yang sedang membesar ini
  • Boleh! Jika kita faham, pembentukan Kognitif akan sempurna pada umur 24 tahun - maka kita semua akan STOP pushing anak-anak TOO MUCH TOO SOON.

Ada apa dengan 4 tahun yang baru hendak kenal dunia?

Read More

Sunday 29 May 2016

Fahami Apa Itu ECE?


Masih ada banyaaaaaaaaaaaaaakkkkkk TADIKA yang macam ni.
Bila di tegur, kita sangat sensitif.
Bila di korek-korek rupanya sangat rigid dari pelbagai sudut.
Teknik pembelajaran? Method? Semuanya di MEJA sahaja.


Kat sini kita dah boleh nampak, tidak ada pemahaman dalam PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK. Sedangkan yang belajar PAKK pun belum tentu tahu pelbagai aspek dalam ECE. Apatah lagi mereka yang tidak ada background.
6 tahun pertama yang sangat kritikal - bentuk pembelajaran perlu secara menyeluruh. WAJIB untuk memahami pelbagai karektor kanak-kanak. JANGAN CLAIM MENGGUNAKAN ISLAM, jika teknik pembelajaran tidak langsung memberi ruang pada MULTIPLE INTELLIGENCE. Kerana dalam Al Quran sudah tertulis, perlunya menerima setiap manusia seadanya mereka.

Ya, saya sangat TIDAK setuju bila cara mengajar adalah 'pukul sama rata'.
Kalau anak tersebut sememangnya aktif dan tidak boleh duduk diam, mana mungkin belajar untuk anak tadi perlu di meja tulis? Langsung tidak sesuai!
ANDA sebagai guru perlu berlari dan memanjat bersama anak tadi dalam proses pembelajaran! SANGGUP TAK?

Itulah soalan bonusnya. RAMAI yang tak sanggup. RAMAI yang control ayu mengajar kanak-kanak yang sedang dalam tahap BERMAIN. Alih-alih berikan KOMEN yang tidak munasabah pada si kecil!
Come on anda yang terlibat. CHANGE! Fahami apa itu ECE sebelum anda menjalankan apa sahaja yang melibatkan anak-anak kecil.
Anak-anak memang dilahirkan untuk bermain! Kalau rasa tak boleh cope, jangan buka Tadika! Jangan sampaikan mesej yang salah pada ibubapa!
Saya marah sebab masih ramai yang rigid seperti ini. Kasihan anak-anak yang potential tapi tersekat disebabkan oleh mereka yang tidak ada ilmu.


Read More

Saturday 28 May 2016

Please take note applicants!


Please take note applicants!
Ramai yang menghantar email kosong dan hanya ada attachment CV tanpa pengenalan diri.
Maaf jika email tidak di layan dan maaf juga jika anda menerima teguran dari saya.
This is ethics, and ramai yang tidak mempraktikkan ethics ini. Sangat menghampakan.



Read More

Thursday 26 May 2016

Bad Parenting? Check This Out!


Adakah anak kita mengalami salah satu dari masalah Bad Parenting ini?
Jika jawapannya adalah YA - KOREKSI diri anda, bukan anak anda!
Anak-anak semuanya dilahirkan BERSIH seperti kain putih.
KITA yang mencorakkan mereka.
Jom reflek!







Source :
9gag dan www.curejoy.com

Read More

Tuesday 24 May 2016

KinderKaizen - KOSMO


KinderKaizen dalam KOSMO hari ini!!
Bermain sambil Belajar aka Play-Based Learning di KinderKaizen - TANPA BUKU!
Beli dan Baca!!



Alhamdullillah, 23 Cawangan sehingga hari ini. Kami menerima maksimum 25 kanak-kanak dalam 1 sesi. Apa yang penting adalah kualiti BONDING antara anak-anak dan PlayLeaders. Selebihnya akan datang secara natural.


Read More

Wednesday 18 May 2016

STOP MEMORISING!


Saya cukup tidak gemar dengan budaya MENGHAFAL tanpa pemahaman yang betul.


Hafal membaca? - Perlunya pemahaman konsep bunyi di sebalik setiap huruf
Hafal sifir? - Perlunya pemahaman konsep di sebalik nombor
Hafal formula? Perlunya pemahaman konsep kenapa formula tersebut adalah sedemikian rupa


Dan, macam-macam konsep hafalan.
Perkara ini tidak boleh di samakan dengan hafal Ayat-ayat Al Quran ya - Totally different matter
Elakkan menjadikan MEMORISING sebagai satu short cut
Memorising atau hafalan TIDAK kekal lama.
Kita perlu tanamkan minat yang hanya boleh dilakukan melalui penekanan kepada pentingnya PROSES.


Read More

Tuesday 17 May 2016

Education In Finland vs America


Agak-agak, kita ikut sistem yang mana?
Walaupun kita pernah di jajah British, sistem pendidikan kita tak pula ikut sistem pendidikan mereka.
Britain melakukan KAIZEN ke atas sistem pendidikan mereka setiap tahun. Kalau anda seorang researcher, boleh dapatkan segala material mereka di internet. Setiap perubahan di kongsikan secara online. Britain adalah sebahagian dari Europe. Mereka lebih kurang Finland.
Read More

Monday 16 May 2016

KinderKaizen - Tv Al Hijrah


This morning, some of our students from KinderKaizen Bandar Sri Damansara had the opportunity to be part of the Teacher's Day celebration at TV Al-Hijrah during their Assalamualaikum show (8-1030AM).
Our PlayLeader, Miss Anne, and seven KinderKaizeners handled the limelight pretty well.
Macam dah PRO je ^___^
Here's their 10 minutes segment for your viewing.
And join us in wishing all our PlayLeaders and educators all around a Happy Teacher's Day!
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

It was a fun experience. Everyone was so excited. We have here with us ranging from 4 to 6 years old.
This is how our PlayLeaders - Ms Anne - interact with the kiddos. 
We Allow Children to BE CHILDREN! 
Kita raikan mereka seadanya.

Read More

Sunday 15 May 2016

KinderKaizen


Alhamdullillah aktiviti semalam dan hari ini. 





Hoping to reach out more to Parents who appreciate this approach and sharing session. Hugs.

Read More

Saturday 14 May 2016

KinderKaizen Damansara Perdana



Hari ini di KinderKaizen Damansara Perdana. Nak sembang-sembang santai? Nak tahu lebih lanjut kenapa kami design KinderKaizen berkonsepkan sebegini?
Sebenarnya nothing to be surprised of, di luar negara dah praktik cara yang sama selama lebih 20 tahun, ianya BARU di negara kita sebab kita tidak biasa dan belum di dedahkan dengan konsep ini.
Mereka di luar negara sentiasa melakukan research, maka sistem pendidikan sentiasa di KAIZEN kan setiap tahun.
Apa yang kami bawakan bukan benda baru, dan kita hanya mahu kongsikan apa yang SEPATUTNYA anak-anak lalui untuk 6 tahun pertama yang kritikal ini.
Attend any of our KinderKaizen, talk to our PRINCIPALS! We are moving forward!

Read More

Wednesday 11 May 2016

#THEBEGINNINGOFLIFE


I Love This!!!
There's so much life to this.cJust as how Steve Biddulph travels around the world to write about Boys and Girls - how they were brought up, the processes and how different culture differs in that processes. This one is documented in a film!
A must watch!



* The Beginning of Life documents the lives of young children and their families across the world to help shine a light on the significance of the early years, and how a child’s environment during this formative stage can shape their cognitive, emotional and social development.
Officially launched on May 5th, the film premiered in São Paulo and is currently available for public exhibitions on the VIDEOCAMP platform. The official global launch will be on June 1st, when the film will be made available via various global Video on Demand platforms like Netflix and iTunes.


Read More

Sunday 8 May 2016

Ada Apa Dengan Emergent Literacy @ Awal Literasi?


Lihatkan bagaimana anak-anak ini membaca buku.
Membaca tidak bermaksud membaca perkataan. 
Membaca juga bermaksud membaca gambar.
Bagi anak-anak seperti ini, perkataan itu adalah gambar-gambar.

Awal Literasi seperti ini perlu di lakukan sebelum anda menyuruh mereka untuk menulis atau membaca perkataan.
Menanam minat pada buku sangat perlu. Peluang seperti ini perlu ada di taska atau tadika sebelum memulakan pembelajaran akademik.
It is knowledge when you could describe as such. These children learn to understand by sharing stories. Ada Apa Dengan Emergent Literacy atau Awal Literasi?
Lihatkan bagaimana anak-anak ini membaca buku.
Membaca tidak bermaksud membaca perkataan. 
Membaca juga bermaksud membaca gambar.
Bagi anak-anak seperti ini, perkataan itu adalah gambar-gambar.

Awal literasi seperti ini perlu di lakukan sebelum anda menyuruh mereka untuk menulis atau membaca perkataan.
Menanam minat pada buku sangat perlu. Peluang seperti ini perlu ada di taska atau tadika sebelum memulakan pembelajaran akademik.
It is knowledge when you could describe as such. These children learn to understand by sharing stories.



Read More

Friday 6 May 2016

Children & Emotion


Bersama saya esok di KinderKaizen Wangsa Maju untuk mengupas topic ini.
Ya semalam saya menyaksikan anak-anak yang menangis di sebuah Tadika Swasta - dan tidak ada siapa yang attend. Saya MARAH! Tapi saya senyapkan aja. Sebab saya tahu kehadiran saya (untuk pick up a few children to go to KinderKaizen) tidak pernah di gemari oleh guru-guru di situ. Mungkin kerana saya pernah SOUND mereka berkenaan cara mereka handle budak.

If only parents knew. 
If only parents see.
Mesti ramai yang tidak puas hati. 
Malangnya, ramai yang tidak tahu.
No one attended to the crying child. 

Ada parents yang sedang menunggu, pun buat-buat tak tahu and bila kawan parents tersebut bertanya, mereka hanya angkat bahu dan lagi best cikgu memang buat tak tahu!
Saya yang berdiri memerhati, sudah boleh baca apa yang menggusarkan hati anak tersebut.

Simple! Kasut yang di pakai terbalik, and he finds it so difficult to put it on. Umur? I would say less 4 years old. Belum INDEPENDENT!
Did anyone help? Ya Allah, he was crying for like 10 minutes, until someone did actually attended him. And there were like 3 adults around. COME ON! Once masalah settle, his needs was attended, masalah selesai, he STOPPED crying!
Haihhhh, saya UPSET!

Dalam masa yang sama, ada pula seorang kanak-kanak lelaki yang meludah ke muka seorang kanak-kanak perempuan. And being me (SORRY!), tanpa sedar, saya terus minta anak-anak tersebut to stop!
Masa tu dah tak kisah dah even if my presence was not welcomed. My priority are these children! Behaviour issues.

Saya memang upset dgn NEGLIGENCE oleh orang dewasa seperti ini. Kalau boleh, nak aje saya bawa these children masuk KinderKaizen. InsyaAllah akan ada Cognitive, Affective and Psychomotor Learning Processes. Semuanya seimbang. Tapi masih ramai yang belum faham Play Based Learning concept. It is a SHAME! And a waste of their children's life time!

Upset sungguh.
Jika anda seperti saya yang sememangnya kisah dgn EMOSI anak-anak kecil, please come to this talk!


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

We at Kinderkaizen Wangsa Maju will be organizing a talk where two prominent experts in early childhood learning will share their knowledge and experience as follows :

  • Topic 1: “Difficult Children: Early Identification and Solution” by Puan Aziah Mohamad, Occupational Therapist – Sensory Integration Certified
  • Topic 2: “Childhood & Emotion” by Dr Putri Afzan Maria Zulkifli, Founder of KinderKaizen

We have an early bird promo for those who register by 27th April 2016: RM75 for individuals or RM130 for couples. Normal fee is RM90 and RM150 for individual and couples respectively. So please hurry as seats are limited.
The talk will be held at KinderKaizen Wangsa Maju center. Interested? Please inquire within / call us at 0123960072, or email to kinderkaizenwangsamaju@gmail.com


Read More

Thursday 5 May 2016

Attend Them!


That child is crying - Please Teachers - Attend them!!!



Antara perkara yang saya cukup tak suka melihat di setting lain.
Please attend these crying children. It's heart breaking.
And watching other parents just looking at them - Aiyoo.. tak rasa bersalah ke?
Give them a hug! Talk to them! Make them HAPPY! Because that is our aim pun kan? Be a little bit empathetic!


Read More

Tuesday 3 May 2016

KinderKaizen


Bravo to parents who believed in this. 
Bravo to those who supports us. 
Your KinderKaizeners are one of a kind.
You definitely READ! 



Read More

Play Based Learning


First day today for KinderKaizen Damansara Perdana. Alhamdullillah dan anak-anak sudah menangis tak mahu balik rumah.




Tak perlu jauh-jauh ke Finland. Di KinderKaizen, kami sudah praktikkan Play Based Learning since July 2014. Yes, selepas 2 tahun sekembalinya saya dari UK.
My fights for such environment for the children. My fights for the right method and exposure for these children.
Dalam perjuangan ini, sememangnya ada banyak halangan tapi saya yakin jika inilah fitrah anak-anak. Especially bila Rasullullah SAW juga menekankan BERMAIN sebagai asas 6 tahun yang pertama. Apa lagi yang mahu dipersoalkan?

InsyaAllah, cubalah grab KinderKaizen paling berdekatan dengan anda. You will see the difference. Semoga Allah permudahkan perjalanan ini.


Read More

Sunday 1 May 2016

The Importance of Play Moms and Dads - Weekend Reading



"The importance of children’s play will be the focus of a talk May 4 by a nationally known early-childhood expert on play, violence prevention and media literacy"
Sounds like this might be a great gig to go to - if you're in the area, check it out! ‪#‎LetsTalkAboutPlay‬

Diane Levin


Read More

Saturday 30 April 2016

Ada Apa Dengan PLAY?


Alhamdullillah, selesai sudah Workshop Power of PLAY and Introduction to Play Therapy, with our dearest partners. Totally enjoyed it. And group paling kecoh kot, hihihi
Ah well, we are as PLAYFUL as the kiddos, and...


Ada Apa Dengan PLAY?

Ada underlying fundamental yang akan menjadikan anak anda seorang yang seimbang BERBANDING dengan mereka yang didedahkan dengan akademik terlalu awal.
Jika anda adalah seorang yang terlibat dengan construction, anda faham maksud saya berkenaan dengan foundation base yang kukuh sebelum membina sesuatu bangunan. Tanpanya, ia akan runtuh dengan mudah. Apa yang akan runtuh tu?
Subhanallah, sangat banyak yang kami pelajari hari ini, di mana kebanyakannya sudah pun kami praktikkan di KINDERKAIZEN. Alhamdullillah, semoga Allah blesses everything that we do for the children.

So yes, apa lagi dearest parents?  Do not waste your time! Grab your child placement in any of our centre nearest to you. Speak to our Principals about your children. We hope to do our best in coaching these children.

As I said, EQ dulu ya. InsyaAllah tak perlu risau tentang perkembangan IQ.
Dan untuk anda pilih pusat yang menjalankan Play Based Learning

PLAY BUKAN "MAIN-MAIN", tetapi it comes with KNOWLEDGE!
  • Rules #1: Children need SPACE!
  • Rules #2: Children need SPACE!
  • Rules #3: Children need SPACE, not a small cage fitting in about 12-15 children.

Think about it!


Read More

System 1 & 2


Jom jengah apa yang saya tengah buat?


Nota kecil : MasyaAllah Parents, ramainya antara kita yang tidak sedar

  • System 1 : Sensory + Emotions + All the things a human need
  • System 2 : Cognitive + Academic
Ignorant Parents -  too focused on System 2 (smaller area), without building up System 1 (larger area). Woahhhh!!! YOU are jeapordising their future

Chill, what you need is just to PLAY!!!

Read More

Wednesday 27 April 2016

EQ vs IQ


Yang mana satu?



'List two' penting untuk dipelajari tetapi kualiti, karakter dan skil dalam 'list one' juga sama pentingnya. 

Tiada maknanya 'list two' jika sikap dan jiwa anak-anak kosong 'list one'.
Proses pembelajaran di sekolah harus mengambil kira karakter dan skil selain ABC dan 123. 
Pendidikan ibubapa di rumah juga seharusnya menyemai dan memupuk kualiti dalam 'list one'.

Guru dan ibubapa harus akui (acknowledge) sifat-sifat tersebut jika ditunjukkan oleh anak-anak di sekolah dan di rumah walaupun anak belum pandai ataupun tidak sepandai mana tentang ABC dan I23 (akademik). 
Itulah isyarat bahawa they are on the right track.

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy



Read More

Tuesday 26 April 2016


Risaukan Perkembangan Akademik VS Risaukan Perkembangan Sosial?

Yang mana satu SEIRING dengan komponen-komponen penting yang perlu di tackle untuk 6 TAHUN PERTAMA YANG SANGAT KRITIKAL?
Ada perbezaan yang sangat ketara antara Social Skills dan Academic Skills.
Ada sesuatu di sebalik peringkat-peringkat bermain. Mungkinkah anak anda hebat akademik, tetapi di level 1 dalam Stages of Play - maka social skills memang OUT. Ada yang social skills hebat kerana stages of play memang di tahap paling tinggi, dan di sebabkan itu, tidak ada masalah catch up dengan akademik.


Apa yang berlaku di atas ini sangat berkait rapat dengan EQ dan IQ.
Tekankan EQ, insyaAllah IQ datang dengan mudah. 
Tekankan IQ, dalam keadaan EQ belum di tackle. Kemungkinan besar timbul masalah pressure dan stress, sebab mereka ini tidak tahu bagaimana untuk mengawal emosi.


Sedikit petikan teks :-
"Kids from play-based programs usually catch up academically, while kids from academic backgrounds may never catch up socially. This can be devastating to their self-esteem."


Kita usahakan yang terbaik. Dunia ini bukan untuk kita berlumba-lumba siapa lebih hebat. Dunia ini satu ujian bagaimana hebatnya kita saling hormat-menghormati sehingga wujud satu musyawarah yang mendamaikan. Wallahualam.




Read More