Thursday 31 March 2016

Kreatif atau Tak Cantik?


Kreatif apabila hasilnya datang dari anak-anak itu sendiri, tanpa sebarang control dari orang dewasa, dan hasilnya adalah dari perspektif mereka sendiri.
Malu sebab Tak Cantik?
Kenapa perlu malu? Anak-anak ini sangat bangga dengan hasil kerja mereka, sebab ianya datang dari diri mereka. Dari sudut perspektif mereka, ia nampak PERFECT! Dari sudut perspektif anda?
Elakkan nak PLEASE PARENTS atau mana2 orang dewasa yang lain, dengan menidakkan hasil kreativiti anak-anak ini.
Dan apabila kita control hasil kerja mereka, kita ke arah menjadikan mereka robot. Semuanya perlu acuan yang sama, semua perlu hasilkan product yang sama. Maka, kita menidakkan kelebihan individual ini, secara tidak langsung, kita melayan mereka semuanya sama rata.
MasyaAllah, Allah jadikan kita individual yang hebat dalam perkara-perkara tertentu, maka raikan kebolehan tersebut.
Perlu ke Perfect?
Tak perlu perfect! Anak-anak ini dalam proses pembelajaran, allow them to explore. Walaupun mungkin mata besar sebelah, senget ke... Masyaallah the children appreciate hasil kerja mereka.
This is their true work. Elakkan memandang remeh. Appreciate them.
To the Parents of these Kinderkaizeners : YOU RAWK!!!

Facebook : https://www.facebook.com/KinderKaizen/photos/a.745406692192928.1073741828.745389998861264/1004914152908846/?type=3&theater

Read More

Monday 28 March 2016

Book lover or book hater?


Force Reading?

Persoalan utama : 
Adakah kesan force reading akan menjadikan anak anda Book Lover or Book Hater?
Please stop doing TOO MUCH TOO SOON!


Ya saya tahu, ada banyak teknik reading. Dan segala macam teknik tersebut, some of it sememangnya adalah teknik dalam cubaan untuk menggalakkan anak anda suka pada buku.
Tetapi, apa yang penting adalah dalam menjadikan proses belajar membaca sesuatu yang mereka tidak sedar. Itulah antara usaha Play Based Learning. Dalam bermain, mereka tidak sedar berlakunya proses pembelajaran. Maka dalam erti kata lain, tidak perlu formal learning aka workbook bagai.

Antara yang cuba saya perkenalkan adalah PlayPhonics, belajar membaca, menulis, mengeja - semuanya secara serentak - tanpa sedar, dan we make it fun through playing. Dan jika anda tanya saya, dari sudut kognitifnya, cara yang paling reliable, dan sangat sesuai dengan bagaimana otak kita ini proses - adalah PHONICS. Lebih2 lagi bilamana kita punya dwi bahasa yang sangat related - BM dan BI. Sebenarnya, phonics juga adalah asas kepada bacaan AlQuran.

Boleh kah anda cadangkan pada saya, satu teknik lain yang boleh perkenalkan bacaan, dan ejaan, untuk kedua2 bahasa (infact, ketiga2 bahasa), secara serentak?
Rata2 tadika yang saya lihat, jika tidak menggunakan phonics, akan mengalami permasalahan dalam mengajar anak2 membaca. Dan lebih crucial, apabila mereka hanya boleh membaca buku yang digunakan di sekolah, tetapi tidak bahan bacaan umum di luar sekolah. Kenapa? Sebab asas pada bacaan tidak di tackle dengan asas kepada COGNITIVE PROCESSES OF LANGUAGE PROCESSING.
Think and reflect.

URL : 


Read More

EQ & SQ


"Allah jadikan kita sebab dia boring...lepas tu dia tengok je..."
Al-kisah selepas selesai solat maghrib bersama anak-anak, saya bertanya kepada dua orang anak lelaki saya ;
Saya : "Kenapa Allah jadikan manusia di muka bumi ini?"
Farish (sulung) : Sebab Allah suruh kita buat suruhanNya dan tinggalkan laranganNya.
Anak kedua saya pula senyum tersipu-sipu..
Imran (anak kedua) : ...."taklah...sebab Dia boring, sebab tu dia buat kita..lepas tu dia tengok je kita buat apa."
Saya tersenyum sambil melihat aksi Imran yang sedang menongkat dagu dengan kedua belah tangan sambil matanya memandang ke lantai seolah2 sedang melihat semut-semut sedang berjalan. What an imagination!
Disini terdapat dua jawapan yang berbeza dan juga konteks pengisian akal yang berbeda. Jawapan oleh Farish adalah dari aspek akademik yang berdasarkan pada buku teks di mana ianya telah di spoonfeed kan ke dalam otaknya manakala jawapan dari Imran merangkumi aspek EQ yang sedang cuba berhubung dengan SQ.
Jawapan Imran adalah berdasarkan informal observation dan formal input dimana Imran cuba untuk relatekan antara logik akal dan spiritual intelligence. Dalam erti kata yang lain pencarian jawapan oleh Imran adalah secara semula jadi tanpa mempunyai batas2 jawapan spoonfeed. Jika anda berada di tempat saya, anda teruja atau anda tak perasan pun perkara ni?


Dear Parents, Pengukuhan EQ adalah amat penting kerana EQ yang kukuh akan dapat berhubung dengan SQ. Persoalannya disini, apakah dengan hanya fokus pada IQ, anak anda akan dapat memperoleh SQ secara automatik? Jawapannya TIDAK sama sekali! 
SQ hanya dapat wujud jika EQ di bina dengan asas yang kukuh.


Secara kesimpulannya, kita tidak seharusnya memandang IQ semata2, tetapi sangat perlu untuk membina EQ. Dalam waktu yang sama, terapkan nilai2 murni dengan menggunakan pendekatan yang positif terhadap anak2. Pendekatan ini bukan sahaja dari segi perbualan tetapi dari segi tingkah laku juga. Sebagai contoh, penerangan erti sedekah sepatutnya disusuli dengan perbuatan melakukan sedekah tersebut. Ajak anak untuk sama-sama melakukan kebaikan tersebut sambil bercerita (yang mewujudkan perasaan empathy) menjelaskan perkara tersebut.

Begitu juga contoh simple kejadian kenapa langit itu biru? Jawapan pendek, "...sebab Allah yang jadikan..." tidak cukup kuat untuk menyentuh aspek SQ mahupun EQ.
Wallahu'alam.

Facebook : 
https://www.facebook.com/drafzanmaria/photos/a.535810639811710.1073741826.535779603148147/1054424537950315/?type=3&theater


Read More

Sunday 27 March 2016

Forest Preschool


Forest PreSchool - InsyaAllah, tidak ada masalah untuk jalankan.


TETAPI, sebelum menjalankannya, fikirkan perkara-perkara ini :
  • Adakah masyarakat kita boleh menerima method ini?
  • Adakah ibubapa kita bersedia untuk menghantar anak mereka ke forest preschool? Paling tidak, mereka akan kata, di luar negara boleh lah, kita lain. (oh my, sampai bila pun takkan berubah kalau tidak mulakan sekarang)
  • Adakah cikgu kita boleh menerima konsep ini? Sedangkan nak jalankan MESSY PLAY pun ramai yang cuba mengelat, sebab malas nak mengemas, apatah lagi bila berlecak bagai.
  • Adakah kita creative enough untuk menghadapi method seperti ini, bilamana kita terlalu terikat dengan JADUAL WAKTU 30 minit setiap subjek? Hmm...
  • Boleh survive ke tanpa BUKU KERJA?

Bayangkan...
  1. Tidak ada kertas
  2. Tidak ada pensel / pen / marker pen
  3. Tidak ada buku
  4. Tidak ada blackboard mahupun whiteboard.


Boleh survive?
InsyaALLAH boleh, kalau kita open to new methods, new changes, dan PERCAYA bahawa anak-anak tidak perlu exam bagai dalam sesebuah sesi persekolahan. Adakah EXAM the only METHOD to assess your knowledge?
InsyaALLAH boleh, kalau kita OKAY JE dengan LINUS whatever it is... LINUS hanya untuk mengenalpasti jika anak anda masih perlukan bantuan - Saya amat berharap agar semua pihak tidak mengambil perkara ini wrongly... and don't approach this wrongly too.
InsyaALLAH boleh, kalau kita sama level pemikiran dengan mereka yang maju dalam sistem pendidikan. Masalahnya, kita sudah beberapa tahun ketinggalan, and we don't seem to want to improve. Kita hanya keep on TOP UP and TOP UP! Rules Engineering - scrap off everything, and start from scratch!
Masalahnya, WHEN WILL WE BE READY? -angkat bahu-

URL : 
http://www.upworthy.com/see-adorable-photos-of-7-forest-schools-from-around-the-country?g=2&c=hpstream

Read More

Finland has the best schools!


Children learn best through PLAY!
PLAY is not just a PLAY. 
You need knowledge and expertise to run PLAY. 
Or else, it will just be an empty PLAY.


Children in Finland.

URL : 
http://www.smh.com.au/national/this-is-why-finland-has-the-best-schools-20160324-gnqv9l.html

Read More

Saturday 26 March 2016

Slow Down Parents


I don't do flash cards.
I don't do too much of formal learning.
Most of the time, saya biarkan mereka menjadi diri mereka.
Ian Yusuf is exploring the sounds.
Ian Yusuf is grabbing my moving hands and fingers.
Bagaimana mereka geram dengan jari jemari anda yang laju menekan keyboard handphone, begitu jugalah mereka geram dengan jari-jari yang bergerak menekan keyboard's keys.
Apa yang mereka geramkan?
Pergerakan tersebut.
Persoalan kenapa mommy's fingers are so interested in pressing those keys??
And... Why is this thing producing sounds?
What is making the sounds?
Why is the melody ðŸŽ¶ interesting?
Have I heard of this melody before?
Hmm...
Seribu satu persoalan yang bermain di Minda kecil mereka...
Ya, whatever you expose to them.. They will take them in... It's what you decide, based on your knowledge, that will determine whether it's good or wrong... Or perhaps, too much too soon?
I rest my case. I just want them to be a happy person!

Read More

Thursday 24 March 2016

Tomorrow or Today?



Hmmm...
Senyap seketika tidak bermakna hilang terus.
Senyap seketika kerana memikirkan apa yang ibubapa zaman ini sedang fikirkan.
Senyap seketika kerana saya kecewa masih ramai yang tidak menerima anak mereka seadanya mereka.
Senyap kerana saya kecewa melihat ibubapa berkejar-kejar berlumba sesama sendiri, untuk apa ya?
Senyap kerana menggeleng kepala melihatkan pelbagai ragam ibubapa.
Please slow down...
Development phase setiap anak itu tidak sama.
Dalam pada anak kawan itu sedang giat menulis. Anak anda mungkin sedang giat KBAT!
Dalam pada anak kawan sedang petah berkata-kata, anak anda sedang membina schema didalam minda mereka.
Dalam pada anak kawan sedang membaca, anak anda sedang membina imaginasi seorang perekacipta yang bakal hebat.
Siapa tahu? Allah tahu!
Tetapi kita lebih mudah melihat orang lain dari melihat diri sendiri atau anak sendiri. Nauzubillah... Reflek diri sendiri. Pandanglah mata anak-anak dengan renungan yang dalam. And tell yourself. Please slow down.

Facebook : https://www.facebook.com/drafzanmaria/photos/a.535810639811710.1073741826.535779603148147/1050905768302192/?type=3&theater


Read More

Tuesday 15 March 2016

Ada apa dengan Cikgu KinderKaizen?


Benarkan saya untuk kongsikan sekali lagi.
Sebagai seorang lecturer dalam bidang Early Childhood di UPSI, OUM dan UNITAR sebelum ini... Saya berpeluang melihat pelbagai jenis ragam cikgu/guru di peringkat prasekolah ke bawah...
Dan dalam setiap pemerhatian saya, saya tercari-cari ciri seorang cikgu, seperti mana yang saya jumpa sewaktu berada di luar negara dahulu. Saya bukanlah semudah itu untuk critically comment on people. Tetapi, dalam sesetengah perkara, kita perlu untuk critically criticise. Demi untuk meningkatkan kualiti pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia..
Tidak perlu untuk fokus pada point negatif, saya kongsikan bagaimana cikgu di KinderKaizen. Bagaimana ciri2 cikgu yang kami mahukan. Bagaimana suasana di luar negara kami bawakan pada anak anda. Bagaimana ciri2 cikgu dalam membantu mendidik anak-anak anda...
Dalam perjalanan less than 2 years KinderKaizen, kami bertukar-tukar cikgu sehinggalah yang terkini, yang punya ciri-ciri seperti yang saya kehendaki.. Yang boleh saya bentuk, dan willingly mahu di bentuk, menjadi cikgu yang sesuai dalam konteks 'bermain' atau 'play'.
Dan jika anda berminat menjadi sebahagian dari kami, because you have what it takes to be part of our family, jom apply!














Read More

Saturday 12 March 2016

KinderKaizen Penang


First time meeting Pn Noor Afidah from Parent Connect. It's so nice when you met someone who has the same thinking and worries. All this while, we were connected only through Facebook!

Such a wonderful person.. 

Thank you Pn Siti Sarah Samsuri, the principal ofKinderKaizen Penang for organising the talk. I'm hoping for more to come. Yes, I have concerns. And this concerns need to be shared.


Facebook : https://www.facebook.com/drafzanmaria/photos/a.535810639811710.1073741826.535779603148147/1041458552580247/?type=3&theater


Read More

Friday 11 March 2016

4 Children vs 12 Parenting




4 types of children VS 12 types of parenting

Sesungguhnya secara lahiriah sifat dan tingkah laku kanak-kanak tidak pernah berubah. Walaupun berlaku perubahan zaman atau sesuatu revolusi mereka tetap sama, yang berubah adalah ibubapa yang bisa merobah mereka. Memang ramai umat manusia tetapi berapa ramaikah yang menjadi "orang" dan yang kita mahu anak2 kita bukan bijak sini tetapi bijaksana.
Nantikan kupasan saya tentang topik yang sangat menarik ini. Insyaallah ia akan lebih membuka minda kita as parents dan yang lebih penting akan ada "what to do and what not to do" list.





Facebook : https://www.facebook.com/drafzanmaria/photos/a.535810639811710.1073741826.535779603148147/1040547852671317/?type=3&theater


Read More

Sunday 6 March 2016

Trauma Sensitive


Sekolah perlu 'Trauma-Sensitive'
Research ini dilakukan di luar negara, namun saya amat merasakan perkara yang sama perlu di jalankan di negara kita.


Ya betul, cikgu tugasnya mengajar. Ya betul, cikgu tak perlu mengambil tanggungjawab ibubapa. Ibubapa juga perlu faham situasi ini. Tetapi sebagai seorang dewasa yang sudah mencapai maturity level pemikiran, berbanding dengan anak2 yang belum matang pemikiran mereka, tidak salah jika kita lebih empathy dalam membantu anak-anak yang struggling dalam menyesuaikan diri atau dalam apa keadaan sekalipun. Tidak salah jika kita usap kepala mereka, tangan mereka, pegang tangan mereka. Wujudkan bonding dan trust. Yakinkan anak2 ini bahawa mereka in safe hands.
Tidak salah jika kita sedikit concern. Tidak salah jika kita ada pengetahuan psikologi untuk membantu mereka.
Kesan trauma ini akan dibawa hingga ke dewasa kelak.. Kesan trauma ini akan mengganggu perkembangan kognitif mereka.
Kesimpulannya adalah, sangat perlu untuk kita faham, anak2 ini sememangnya vulnerable dari segi pembentukan Emotional Quotient mereka.
Nantikan kupasan saya berkenaan EQ-SQ-IQ.
Happy Sunday everyone.

URL : http://www.edweek.org/tm/articles/2016/02/17/author-to-reach-struggling-students-schools-need.html?cmp=eml-eb-popweek%2003042016

Read More

Friday 4 March 2016

Children and Technology


C.R.E.A.T.E Melawat 'Idea Lakar' Sebagai Usaha Untuk Program "Children & Technology"
Dalam ‪#‎kinderkaizenjourney‬, kami ramai bertemu pelbagai jenis character. Tetapi character yang ditampilkan oleh Mr. Iskandar Senpai, Founder of Idea Lakar, bukanlah calang-calang Engineer. Sepertimana yang ditulis oleh Ken Robinson, there is something about PASSION, that nobody can expect.
Saya sememangnya seorang yang sangat selective dalam perihal collaborative partners. InsyaALLAH dengan izin ALLAH SWT.
Bagaimana selectivenya saya menghasilkan KinderKaizen, begitu jugalah bagaimana kami memilih Mr Iskandar Senpai.
Seorang yang sangat precision in his work, beliau sememangnya seorang inventor dan designer yang bukan mudah di jumpai di kalangan kita di Malaysia. Seorang Engineer yang sangat TALENTED, beliau menghasilkan machinery sendiri sehingga ke level skru. Penerangan beliau sangat detail sehingga meremang bulu roma kami, hasil tempias PASSION beliau tersebut. Beliau jugalah the man di sebalik tabir yang membantu kami design children t-shirts dan teacher's uniform.
Pertama kali suami saya berkenalan dengan Mr Iskandar, suami saya mengatakan AKHIRNYA BELIAU BERJUMPA DENGAN THE LOST 7th.
Projek ini juga adalah collaborative work bersama SpiralLabs, Plugging Trees dan RealCube.
This is NOT a PLAYSCHOOL. This is KINDERKAIZEN.
Children, GENCHI GENBUTSU!
@Is Syaharizal
Idea Lakar

Facebook : https://www.facebook.com/drafzanmaria/


Read More

Thursday 3 March 2016

Number Sense


Apakah ia? Kenapa ianya Penting? Bagaimana ianya berkembang?
Video ini mengandungi 2 segmen:
1. Pengendalian Numerical System
2. Pemahaman Konsep Nombor

Di sini, kami kongsikan dengan Tuan/Puan berkenaan kepentingan pengenalan kepada konsep nombor (bukan SIMBOL NOMBOR dan bukan HAFALAN) dan apakah kegunaan nombor-nombor ini.
Imran di dedahkan dengan konsep nombor dahulu, sebelum beliau boleh menulis nombor. Latihan yang dilakukan adalah biasanya dalam bentuk quiz yang banyak menguji minda. Imran tidak pernah disuruh menghafal sifir, mahupun melakukan exercise yang banyak. Saya pasti semua kanak-kanak BOLEH, jika mereka didedahkan dengan teknik yang sama.


Perhatikan proses bagaimana IMRAN mengira:
1. Perhatikan penggunaan Photographic Mind (hasil dari pembelajaran estimation)
2. Perhatikan kebolehan IMRAN dalam mengenali value and position of the numbers. 
3. Perhatikan konsep Mental Mathematics.
4. Fikirkan proses yang terlibat dan bagaimana ianya relate kepada penggunaan nombor dalam kehidupan seharian.
5. Perhatikan juga bagaimana LISTENING SKILLS sangat membantu dalam proses pemahaman teks matematik.

Nota Kaki:
Kami tidak sama sekali menggunakan BUKU KERJA di ‪#‎kinderkaizen‬. Tetapi lebih kepada penggunaan nombor dalam kehidupan seharian. (Jika anda antara mereka yang sangat risaukan persediaan LINUS, suka untuk saya sampaikan bahawa, kebolehan NUMBER SENSE ini adalah di tahap JAUH LEBIH TINGGI dari tahap aktiviti dalam buku. Apakah yang sebenarnya penting di sini : Buku atau Guru yang membantu?)

Video ini adalah susulan dari video ESTIMATION yang dikongsikan sebelum ini.


Youtube : https://www.youtube.com/watch?v=k8FKNCvBop8


Read More

Tuesday 1 March 2016

At What Age Do I Teach My Child Quran?


Saya kongsikan sekali lagi penerangan Ustaz Nouman Ali Khan, kali ini ianya lebih interactive. 
Semoga ianya memberikan satu kefahaman pada kita semua.
Segala yang baik itu hanyalah dari Allah, yang tidak baik itu dari saya.



Youtube : https://www.youtube.com/watch?v=AQoQmswCZyc&app=desktop



Read More

Rude, Mean & Bullying


Memahami perbezaan RUDE, MEAN & BULLYING.
Some points that we need to educate our children with. 
Antara persediaan awal sebelum masuk Sekolah Rendah.

InsyaAllah jika EQ stabil, anak anda mampu menepis atau menjauhi perkara ini.



Facebook :
https://www.facebook.com/Educationtothecore/photos/a.219795434819239.57415.217824668349649/782451685220275/?type=3&theater



Read More