Monday, 16 September 2013

What People Say To Teachers?


Ini adalah antara persoalan kebiasaan yang selalu di tujukan buat Guru Tadika yang saya rasakan adalah sedikit tidak adil. Kerjaya sebagai Guru Tadika masih lagi di pandang remeh oleh sesetengah pihak. Walhal, kerjaya ini adalah sangat penting, kerana ia melibatkan TAHAP KRITIKAL 0-6 tahun yang pertama.

Ya benar, kita sekarang di tahap mempertingkatkan kualiti Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) di Malaysia. Seperti yang saya war-warkan sebelum ini, 0-6 tahun adalah TAHAP KRITIKAL di mana anak-anak sangat memerlukan bimbingan dari kita DEWASA



Tujuan Guru Tadika bukanlah hanya untuk focus pada AKADEMIK semata-mata, tetapi juga untuk mengimbangkan antara IQ dan EQ (emotional) dan juga jika boleh, mengenalpasti kebolehan Multiple Intelligence anak-anak. 

Ibubapa di rumah pula perlu memainkan peranan dengan bersama-sama membantu membimbing anak-anak di rumah. 

Alhamdullillah setakat hari ini, semakin ramai Ibubapa yang menyedari kepentingan PAKK. Semoga bilangan ini semakin bertambah. Tetapi, ia juga adalah peringatan buat Guru-Guru Tadika, supaya sama-sama bekerjasama ke arah meningkatkan lagi mutu Pendidikan Awal Kanak-Kanak ini. 

Moga PAKK akan lebih hebat di masa akan datang! Dan kualiti School-Home Relationship akan bertambah baik!

URL :
https://www.facebook.com/drafzanmaria/photos/a.535810639811710.1073741826.535779603148147/575871805805593/?type=3&theater


0 comments:

Post a Comment