Monday, 17 March 2014

Discipline Techniques


Mesej dari Ibu Rose Prof. Dr. Rozieta Shaary

Ada yang berkata bila disarankan jangan memukul anak kecil berlebihan, "aku dulu masa kecik selalu saja kena pukul dengan batang paiplah, batang kayulah, aku jadi manusia juga. Aku berjaya juga.'

Ada dua perkara yg Ibu hendak katakan di sini.

PERTAMA : 
Tahniah kerana anda menjadi manusia dan berjaya.

KEDUA : 
Tahniah kerana anda berjaya memahami tujuan ibu bapa anda melakukan perbuatan memukul itu dan anda mengambil yang baik dari situ.
Namun , ketahuilah, ramai anak yang sering dipukul, dimarah tanpa sebab dan berlebihan menjadi manusia juga tetapi manusia yang terluka.

Luka di badan parutnya nampak. Luka di hati parutnya tidak nampak namun manusia inilah yang melalui hidup dengan penuh baran, senang tercetus kemarahan, senang bergaduh, senang memukul anak sehingga hilang kawalan. Susah mengikut arahan, cepat melawan authority, memukul dan mencederakan orang lain tanpa dapat mengawal diri. Tiada keyakinan diri, monyok, lemah dan semua benda tidak tahu dan tidak mahu nak buat. Diri pula penuh dengan ragu-ragu.

Ya, memang jadi manusia. Tapi manusia macamana? Itulah yang selalu kita terlepas pandang.



URL :
https://www.facebook.com/drafzanmaria/photos/a.535810639811710.1073741826.535779603148147/667370829989023/?type=3&theater


0 comments:

Post a Comment