Credit to : http://sg.theasianparent.com/why-not-to-ignore-your-crying…/
Saya terpanggil untuk berkongsi artikel ini, kerana realitinya di negara kita, lebih-lebih lagi masyarakat kita yang kurang sensitif terhadap pentingnya Emotional Quotient @ EQ. Yang biasa kita dengar adalah IQ. Untuk intelligent.
Ya, kita sangat sibuk dengan perihal nak pandai! Tetapi kita lupa bahagian EMOTION / perasaan, di mana ada kajian yang sudah pun membuktikan perkaitan rapat antara emotion dan intelligent.
Kenapa anda tidak di galakkan membiarkan anak-anak anda menangis menangis bersendirian atau unattended.
Mengabaikan tangisan anak anda, boleh mencacatkan tumbesaran anak anda.
- Adakah anda tahu, tangisan adalah salah satu cara bayi berkomunikasi dengan anda?
- Adakah anda tahu, mengabaikan tangisan bayi atau anak kecil boleh mencacatkan ekspresi secara verbal?
- Adakah anda tahu, apabila anda mengabaikan tangisan bayi atau anak kecil ini, mereka belajar bahawa, emosi sedih adalah tidak di terima di dunia ini.
- Adakah anda tahu, apabila kita mengabaikan tangisan tersebut, pada pandangan anak kecil tersebut, kita seolah-olah memandang rendah pada perasaan mereka, atau apa yang cuba mereka sampaikan pada kita.
- Apabila mereka belajar semua yang disebut di atas, maka, itulah yang mereka praktikkan. Mereka tidak akan ada sifat EMPATHY!
- Kesimpulannya, MENANGIS adalah NORMAL.
Seperti artikel2 yang saya kupaskan sebelum ini, menangis yang di abaikan, ada perkaitan dengan STRESS. Adakah anda sudah baca artikel Fear & Anxiety? Cecair stress HORMON KORTISOL tadi boleh merencatkan pertumbuhan otak yang sihat.
Yang sebenarnya, tidak ada istilah MEMANJAKAN anak kecil. Mereka perlukan kasih sayang kita. Tapi wujud dalam masyarakat kita, susah benar nak melahirkan rasa kasih sayang tersebut. Sehinggakan ramai antara kita yang kaku dan tidak pandai mengekspresikan diri mereka.
Cukup saja saya dalam bidang awal kanak-kanak. Melatih bakal guru awal kanak-kanak, saya lihat ramai yang tidak pandai menggunakan puppet, storytelling, etc.. Apatah lagi dalam berkomunikasi dengan anak-anak.
Jangan terkejut, ramai remaja sekarang yang kurang kasih sayang sewaktu mereka kecil dahulu, mencari2 kasih sayang mereka di luar sana, maka berlakulah pelbagai gejala sosial, baik lelaki, mahupun perempuan. Semuanya interrelated, saling berkaitan, jadi jangan sesekali anda terus menyalahkan seseorang itu, bilamana mereka di besarkan dengan kecacatan-kecacatan dari sudut emosi dari kecil.
Saya amat berharap agar kita semua celik mata sekarang... lebih-lebih lagi dalam dunia yang sangat canggih ini, ipad tidak lekang dari tangan anak-anak. Sudah pasti kita tak nak anak-anak kita ini seperti robot pula 10 tahun akan datang.
URL :
https://www.facebook.com/drafzanmaria/photos/a.535810639811710.1073741826.535779603148147/699807890078650/?type=3&theater
0 comments:
Post a Comment