Monday 13 June 2016

Finnish Education


Bila Ustaz Hasrizal Abdul Jamil berbicara, how can I not agree. We have the same brainwave. We have the same dream. Mudah2-mudahan segala usaha kita dipermudahkan.
Seronok bila dapat berjumpa beliau, duduk dan bercerita. MasyaAllah, saya envy beliau ke Finland. Soon, saya mungkin mengikut langkah beliau dalam #kinderkaizenjourney ini.
Mahukan perubahan bukan semudah mengubah pemikiran semua. Mahukan perubahan, melakukan perubahan, di datangi pelbagai jenis rintangan, Allah Maha Mengetahui. Moga dipermudahkan perjalanan ini. Saya yakin setiap kita memainkan peranan masing-masing.




Keunikan sistem pendidikan sekolah di Finland diterangkan dengan baik di dalam video ini. Selepas mengetahui tentang sistem berkenaan, reaksi kita bukanlah "jom ke Finland". Sebaliknya, apakah perubahan dan penambah baikan yang boleh dibuat terhadap sistem pendidikan kita?
  1. Menjauhkan pembelajaran dan murid-murid daripada KPI pelbagai pihak, bermula daripada guru, Pengetua, sekolah, pegawai pendidikan hinggalah menteri. Sekolah adalah mengenai pembelajaran murid. Semua pihak berkhidmat untuk menjayakan proses anak-anak belajar. Itu sahaja
  2.  Menjauhkan sekolah daripada ahli politik, birokrat dan ahli perniagaan. Mereka bukan VIP sekolah. Di sekolah, VIP adalah murid-murid
  3. Memberi kepercayaan kepada Pengetua untuk memimpin sekolah dan berkuasa menentukan keperluan dan keutamaan sekolah masing-masing. Pengumuman jerebu juga Pengetua yang buat dan hari ganti diuruskan berpandukan pekeliling. Menteri tidak perlu terbabit dalam operasi harian sekolah
  4. Menghapuskan amalan birokrasi yang tidak berfaedah dalam laporan, pemantauan, dan yang seumpama dengan dengannya. Laporan berkala hendaklah dikurangkan dan mudah-mudahan penaziran boleh dihapuskan
  5. Melindungi sekolah daripada perbandingan keputusan peperiksaan. Media tidak dibenarkan membuat liputan keputusan peperiksaan di peringkat sekolah. Sebaliknya hanya mendapatkan data rasmi melalui sidang akhbar oleh Kementerian
  6. Guru-guru dibebaskan daripada potfolio yang tidak ada kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran, dimotivasi semula agar positif, memiliki rasa harga diri yang tinggi, disembuhkan daripada sarcasm dan berpegang dengan tatasusila tinggi dalam interaksi dan komunikasi
  7. Ibu bapa difahamkan tentang persekolahan, pembelajaran anak dan pendidikan keseluruhannya melalui media, sesi-sesi di sekolah dengan maksud meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak

Selebihnya, kita usahakan sama-sama. Sekolah swasta hendaklah dijadikan rakan perkongsian pintar. Sekolah swasta janganlah sekadar menyediakan ruang belajar tetapi memanfaatkan autonomi untuk lebih reflektif dan mencuba pedagogi serta reka bentuk kurikulum yang inovatif lagi berkesan.


0 comments:

Post a Comment