Monday, 30 May 2016

The Decline Of Play and Rise


Kurangkan Bermain = Peningkatan Masalah Mental di Kalangan Kanak-kanak

Mengukur kestabilan emosi anak-anak adalah semudah mengukur tahap kegembiraan (happiness) mereka.
Kajian telah di buat berkenaan tahap kegembiraan anak-anak yang bersekolah (menurut artikel Gray ini) :





"The lowest levels of happiness by far (surprise, surprise) occurred when children were at school, and the highest levels occurred when they were out of school and conversing or playing with friends. Time spent with parents fell in the middle of the range. Average happiness increased on weekends, but then plummeted from late Sunday afternoon through the evening, in anticipation of the coming school week."

Persoalan para pengkaji :
Bolehkah kita tingkatkan tahap kegembiraan ini sewaktu anak-anak berada di sekolah? Bagaimana?
  • Boleh! Jika kita faham bagaimana mengenali karektor anak yang berbeza
  • Boleh! Jika kita semua sedia maklum - kognitif otak ini akan berhenti menerima dan memproses input selepas 10 minit duduk sahaja dalam mana2 sesi pembelajaran
  • Boleh! Jika kita tukar cara pengendalian, cara pembelajaran, cara bercakap (elakkan terlalu banyak arahan tetapi banyakkan friendly talk)
  • Boleh! Jika kita perkenalkan PLAY atau kebebasan dalam belajar (kurikulum adalah anak-anak itu sendiri) lebih dari 60 minit setiap separuh sesi
  • Boleh! Jika kita semua yang dewasa ini sangat PEKA dengan perkembangan Emosi (EQ) anak-anak yang sedang membesar ini
  • Boleh! Jika kita faham, pembentukan Kognitif akan sempurna pada umur 24 tahun - maka kita semua akan STOP pushing anak-anak TOO MUCH TOO SOON.

Ada apa dengan 4 tahun yang baru hendak kenal dunia?

Read More

Sunday, 29 May 2016

Fahami Apa Itu ECE?


Masih ada banyaaaaaaaaaaaaaakkkkkk TADIKA yang macam ni.
Bila di tegur, kita sangat sensitif.
Bila di korek-korek rupanya sangat rigid dari pelbagai sudut.
Teknik pembelajaran? Method? Semuanya di MEJA sahaja.


Kat sini kita dah boleh nampak, tidak ada pemahaman dalam PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK. Sedangkan yang belajar PAKK pun belum tentu tahu pelbagai aspek dalam ECE. Apatah lagi mereka yang tidak ada background.
6 tahun pertama yang sangat kritikal - bentuk pembelajaran perlu secara menyeluruh. WAJIB untuk memahami pelbagai karektor kanak-kanak. JANGAN CLAIM MENGGUNAKAN ISLAM, jika teknik pembelajaran tidak langsung memberi ruang pada MULTIPLE INTELLIGENCE. Kerana dalam Al Quran sudah tertulis, perlunya menerima setiap manusia seadanya mereka.

Ya, saya sangat TIDAK setuju bila cara mengajar adalah 'pukul sama rata'.
Kalau anak tersebut sememangnya aktif dan tidak boleh duduk diam, mana mungkin belajar untuk anak tadi perlu di meja tulis? Langsung tidak sesuai!
ANDA sebagai guru perlu berlari dan memanjat bersama anak tadi dalam proses pembelajaran! SANGGUP TAK?

Itulah soalan bonusnya. RAMAI yang tak sanggup. RAMAI yang control ayu mengajar kanak-kanak yang sedang dalam tahap BERMAIN. Alih-alih berikan KOMEN yang tidak munasabah pada si kecil!
Come on anda yang terlibat. CHANGE! Fahami apa itu ECE sebelum anda menjalankan apa sahaja yang melibatkan anak-anak kecil.
Anak-anak memang dilahirkan untuk bermain! Kalau rasa tak boleh cope, jangan buka Tadika! Jangan sampaikan mesej yang salah pada ibubapa!
Saya marah sebab masih ramai yang rigid seperti ini. Kasihan anak-anak yang potential tapi tersekat disebabkan oleh mereka yang tidak ada ilmu.


Read More

Saturday, 28 May 2016

Please take note applicants!


Please take note applicants!
Ramai yang menghantar email kosong dan hanya ada attachment CV tanpa pengenalan diri.
Maaf jika email tidak di layan dan maaf juga jika anda menerima teguran dari saya.
This is ethics, and ramai yang tidak mempraktikkan ethics ini. Sangat menghampakan.



Read More

Thursday, 26 May 2016

Bad Parenting? Check This Out!


Adakah anak kita mengalami salah satu dari masalah Bad Parenting ini?
Jika jawapannya adalah YA - KOREKSI diri anda, bukan anak anda!
Anak-anak semuanya dilahirkan BERSIH seperti kain putih.
KITA yang mencorakkan mereka.
Jom reflek!







Source :
9gag dan www.curejoy.com

Read More

Tuesday, 24 May 2016

KinderKaizen - KOSMO


KinderKaizen dalam KOSMO hari ini!!
Bermain sambil Belajar aka Play-Based Learning di KinderKaizen - TANPA BUKU!
Beli dan Baca!!



Alhamdullillah, 23 Cawangan sehingga hari ini. Kami menerima maksimum 25 kanak-kanak dalam 1 sesi. Apa yang penting adalah kualiti BONDING antara anak-anak dan PlayLeaders. Selebihnya akan datang secara natural.


Read More

Wednesday, 18 May 2016

STOP MEMORISING!


Saya cukup tidak gemar dengan budaya MENGHAFAL tanpa pemahaman yang betul.


Hafal membaca? - Perlunya pemahaman konsep bunyi di sebalik setiap huruf
Hafal sifir? - Perlunya pemahaman konsep di sebalik nombor
Hafal formula? Perlunya pemahaman konsep kenapa formula tersebut adalah sedemikian rupa


Dan, macam-macam konsep hafalan.
Perkara ini tidak boleh di samakan dengan hafal Ayat-ayat Al Quran ya - Totally different matter
Elakkan menjadikan MEMORISING sebagai satu short cut
Memorising atau hafalan TIDAK kekal lama.
Kita perlu tanamkan minat yang hanya boleh dilakukan melalui penekanan kepada pentingnya PROSES.


Read More

Tuesday, 17 May 2016

Education In Finland vs America


Agak-agak, kita ikut sistem yang mana?
Walaupun kita pernah di jajah British, sistem pendidikan kita tak pula ikut sistem pendidikan mereka.
Britain melakukan KAIZEN ke atas sistem pendidikan mereka setiap tahun. Kalau anda seorang researcher, boleh dapatkan segala material mereka di internet. Setiap perubahan di kongsikan secara online. Britain adalah sebahagian dari Europe. Mereka lebih kurang Finland.
Read More