Dalam Pendidikan Awal Kanak2, kita ada satu subjek yang membicarakan perihal kerjasama antara semua pihak dalam meningkatkan kualiti penjagaan dan pendidikan anak2 kita.
Working for Children: interdisciplinary and multidisciplinary team.
Teamwork adalah sangat penting dalam menjayakan sesuatu perkara. Sudah sampai masanya kita STOP dari menuding jari ke mana2 pihak. Sebaliknya, ibubapa digalakkan untuk membantu pihak sekolah, dgn syarat, pihak sekolah juga bersikap terbuka dalam bekerjasama dgn ibubapa.
Ya betul.. Bukan mudah untuk kita tukar polisi atau sistem. Tetapi, apa salahnya jika kita 'join in' dan sama2 membantu memperbaiki apa yang sedia ada.
Saya diberitahu oleh seorang rakan, SK Setiawangsa mempunyai Action Group PIBG yang sangat aktif. Anda boleh dapati ibubapa di dalam kawasan sekolah, pada bila2 masa, sama2 membantu guru2 dalam proses Pengajaran & Pembelajaran.
Alangkah seronoknya jika budaya ini diamalkan oleh semua sekolah. Dan jika semua ibubapa sanggup korban apa sahaja demi membantu anak2 di sekolah.
Kita sebagai satu masyarakat majmuk, kita sama2 membantu. Anak2 kawan adalah juga anak2 kita.
Semoga anda dapat sesuatu dari menonton video ini. Tonton sehingga habis.
Salam dari saya.
URL :
https://www.facebook.com/drafzanmaria/videos/677879128938193/?theater
0 comments:
Post a Comment