Wednesday, 3 July 2013

The Power Of Words


Dalam pada saya sedang menjalankan pemerhatian pada cara-cara yang bagus dalam berkomunikasi dengan kanak-kanak, saya terjumpa video ini yang saya rasakan amat penting untuk dikongsi bersama.
Video ini video lama, tahun 2001. Jessica pada waktu ini berumur hampir 4 tahun.
Apa yang mengagumkan saya adalah cara dia bercakap. Cara dia mengendalikan 'Daily Affirmation' pada dirinya sendiri. MENARIK!!! Apa yang buatkan ianya menarik? Sebab kadang-kadang, kita dewasa juga terlupa teknik ini yang boleh meningkatkan keyakinan diri kita -->
 THE POWER OF WORDS!!!

Persoalan yang menarik:
1. Bagaimana Jessica boleh sampai ke tahap itu? 
Menurut komen-komen di bawah video, Jessica MENIRU bapanya. Tetapi, kebanyakan ayat-ayat tersebut adalah ayatnya sendiri. Menurut Bapanya, Jessica benar-benar maksudkan setiap apa yang diperkatakan.

2. Adakah anak-anak kita seberkeyakinan sebegini? 
Hmmmmm.....

3. Cara Jessica tampak lucu, tetapi kata-kata itu adalah kata-kata semangat yang membuatkan dirinya CONFIDENT! 
Bila di lihat dalam percakapannya sewaktu interview, semasa Jessica sudah remaja, sememangnya dia seorang yang confident dan tahu apa yang dia mahukan. 

Apa2pun, kesimpulannya di sini ialah, kanak-kanak cepat meniru apa yang kita dewasa (ibubapa, penjaga dan juga Guru2) lakukan, jika ianya baik, insyaALLAH menjadi kesan yang baik, jika tidak, maka negatiflah kesannya. Yang pasti, jika kita adalah seorang yang positif, dan sentiasa tanamkan perkara yang sama dalam diri anak-anak, insyaALLAH, anak kita juga akan berpegang pada perkara yang sama.

Keep on motivating your children!!
 Because they are our NEXT GENERATIONS!! grin emoticon


Untuk menonton sambungan kepada bahagian yang di delete: 

Sebab delete menurut bapanya : Kurang jelas - tetapi ianya berlaku sejurus selepas Jessica keluar dari Bathroom.
Untuk menonton video yang original : http://www.youtube.com/watch?v=qR3rK0kZFkg

Harap perkongsian ini bermanfaat!


0 comments:

Post a Comment