Monday 17 March 2014

Babies & Toddlers Activity #4 : Mirror Play



Adakah anda perasan bahawa anak2 anda sangat gemarkan cermin? Ya, seawal bayi, mereka memang sangat gemar melihat bayangan di dalam cermin.

Letakkan mereka di hadapan cermin mengikut jarak yang sesuai (bayi perlu lebih dekat kerana jarak penglihatan mereka tidak sama dengan kanak-kanak kecil). Apa-apapun, pastikan anak anda dalam keadaan yang selamat.

Perkenalkan diri mereka dan siapa yang berada di dalam cermin tersebut.

Perkenalkan bahagian-bahagian muka seperti mata, hidung, mulut, telinga, rambut dan juga bahagian-bahagian anggota badan. Usap lembut setiap bahagian ini. 

Ya, walaupun mereka belum boleh bercakap, percayalah bahawa setiap perkataan itu di simpan di dalam Lexical Database di dalam otak mereka.



Apa objektif permainan ini? 

"Mirror game/play" membantu anak anda untuk belajar bagaimana hendak fokus, bagaimana hendak trek imej di hadapan mereka, dan sudah pasti untuk meneroka all the wonderful things yang boleh di lakukan oleh mimik muka. 

Permainan ini menggalakkan pertumbuhan dari sudut sosial dan emosional apabila mereka berinteraksi dengan kita dan adik beradik yang lain.

Yang paling penting ialah : Mereka mengenali diri mereka dan ini pastinya memberikan mereka keyakinan yang tinggi pada diri sendiri.

URL :
https://www.facebook.com/drafzanmaria/photos/a.535810639811710.1073741826.535779603148147/667348639991242/?type=3&theater


0 comments:

Post a Comment