Sunday 29 May 2016

Fahami Apa Itu ECE?


Masih ada banyaaaaaaaaaaaaaakkkkkk TADIKA yang macam ni.
Bila di tegur, kita sangat sensitif.
Bila di korek-korek rupanya sangat rigid dari pelbagai sudut.
Teknik pembelajaran? Method? Semuanya di MEJA sahaja.


Kat sini kita dah boleh nampak, tidak ada pemahaman dalam PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK. Sedangkan yang belajar PAKK pun belum tentu tahu pelbagai aspek dalam ECE. Apatah lagi mereka yang tidak ada background.
6 tahun pertama yang sangat kritikal - bentuk pembelajaran perlu secara menyeluruh. WAJIB untuk memahami pelbagai karektor kanak-kanak. JANGAN CLAIM MENGGUNAKAN ISLAM, jika teknik pembelajaran tidak langsung memberi ruang pada MULTIPLE INTELLIGENCE. Kerana dalam Al Quran sudah tertulis, perlunya menerima setiap manusia seadanya mereka.

Ya, saya sangat TIDAK setuju bila cara mengajar adalah 'pukul sama rata'.
Kalau anak tersebut sememangnya aktif dan tidak boleh duduk diam, mana mungkin belajar untuk anak tadi perlu di meja tulis? Langsung tidak sesuai!
ANDA sebagai guru perlu berlari dan memanjat bersama anak tadi dalam proses pembelajaran! SANGGUP TAK?

Itulah soalan bonusnya. RAMAI yang tak sanggup. RAMAI yang control ayu mengajar kanak-kanak yang sedang dalam tahap BERMAIN. Alih-alih berikan KOMEN yang tidak munasabah pada si kecil!
Come on anda yang terlibat. CHANGE! Fahami apa itu ECE sebelum anda menjalankan apa sahaja yang melibatkan anak-anak kecil.
Anak-anak memang dilahirkan untuk bermain! Kalau rasa tak boleh cope, jangan buka Tadika! Jangan sampaikan mesej yang salah pada ibubapa!
Saya marah sebab masih ramai yang rigid seperti ini. Kasihan anak-anak yang potential tapi tersekat disebabkan oleh mereka yang tidak ada ilmu.


2 comments:

  1. I'm doing my diploma in ECE for now. I'm quite dissapointed to hear people say to me that im not choosing the right course to survive the future. But i believe that ECE is very important as we're dealing with the children's future.

    ReplyDelete