Wednesday 15 June 2016

Syllabus Overhaul


Nervous tak bila dapat news macam ni?
Apa maksud Total Revamp? Its June now! Total revamp for 5 million school students? Has enough research been done before executing the revamp? Semua pihak sudah bersedia?


All the best to everyone! (the only thing I could think of now)
I will just keep quiet and watch. If its a positive one, Alhamdullillah. If it is not, Allahuakbar.. I am going to worry.
Hoping for positive changes. Ameen.


Read More

Monday 13 June 2016

Finnish Education


Bila Ustaz Hasrizal Abdul Jamil berbicara, how can I not agree. We have the same brainwave. We have the same dream. Mudah2-mudahan segala usaha kita dipermudahkan.
Seronok bila dapat berjumpa beliau, duduk dan bercerita. MasyaAllah, saya envy beliau ke Finland. Soon, saya mungkin mengikut langkah beliau dalam #kinderkaizenjourney ini.
Mahukan perubahan bukan semudah mengubah pemikiran semua. Mahukan perubahan, melakukan perubahan, di datangi pelbagai jenis rintangan, Allah Maha Mengetahui. Moga dipermudahkan perjalanan ini. Saya yakin setiap kita memainkan peranan masing-masing.




Keunikan sistem pendidikan sekolah di Finland diterangkan dengan baik di dalam video ini. Selepas mengetahui tentang sistem berkenaan, reaksi kita bukanlah "jom ke Finland". Sebaliknya, apakah perubahan dan penambah baikan yang boleh dibuat terhadap sistem pendidikan kita?
  1. Menjauhkan pembelajaran dan murid-murid daripada KPI pelbagai pihak, bermula daripada guru, Pengetua, sekolah, pegawai pendidikan hinggalah menteri. Sekolah adalah mengenai pembelajaran murid. Semua pihak berkhidmat untuk menjayakan proses anak-anak belajar. Itu sahaja
  2.  Menjauhkan sekolah daripada ahli politik, birokrat dan ahli perniagaan. Mereka bukan VIP sekolah. Di sekolah, VIP adalah murid-murid
  3. Memberi kepercayaan kepada Pengetua untuk memimpin sekolah dan berkuasa menentukan keperluan dan keutamaan sekolah masing-masing. Pengumuman jerebu juga Pengetua yang buat dan hari ganti diuruskan berpandukan pekeliling. Menteri tidak perlu terbabit dalam operasi harian sekolah
  4. Menghapuskan amalan birokrasi yang tidak berfaedah dalam laporan, pemantauan, dan yang seumpama dengan dengannya. Laporan berkala hendaklah dikurangkan dan mudah-mudahan penaziran boleh dihapuskan
  5. Melindungi sekolah daripada perbandingan keputusan peperiksaan. Media tidak dibenarkan membuat liputan keputusan peperiksaan di peringkat sekolah. Sebaliknya hanya mendapatkan data rasmi melalui sidang akhbar oleh Kementerian
  6. Guru-guru dibebaskan daripada potfolio yang tidak ada kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran, dimotivasi semula agar positif, memiliki rasa harga diri yang tinggi, disembuhkan daripada sarcasm dan berpegang dengan tatasusila tinggi dalam interaksi dan komunikasi
  7. Ibu bapa difahamkan tentang persekolahan, pembelajaran anak dan pendidikan keseluruhannya melalui media, sesi-sesi di sekolah dengan maksud meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak

Selebihnya, kita usahakan sama-sama. Sekolah swasta hendaklah dijadikan rakan perkongsian pintar. Sekolah swasta janganlah sekadar menyediakan ruang belajar tetapi memanfaatkan autonomi untuk lebih reflektif dan mencuba pedagogi serta reka bentuk kurikulum yang inovatif lagi berkesan.


Read More

Wednesday 8 June 2016

Where Learning Is Meant To Be Fun


Saya kongsikan sekali lagi, semoga yang belum berkesempatan menontonnya dapat peluang menonton. Always inspire!
Pernah ada beberapa yang berkata, aahhh... mana sesuai dgn negara kita? Siapa kata tak sesuai? Atau kita yang tak nak menyesuaikan diri? Jika ianya memberi peluang pada semua untuk excel dan berjaya, malah lebih baik dari Exam Oriented approach, apa salahnya?
MasyaAllah.. Banyak sangat kelebihan approach sebegini. Hanya mereka yang tidak percayakan PROSES akan menolak cara ini. Mana mungkin setiap sesuatu terus menghasilkan result? Setiap sesuatu itu akan melalui sesuatu PROSES dalam menjadi sesuatu.
One day, insyaAllah semoga berkesempatan untuk menjadi salah seorang yang melihat keberhasilan sekolah-sekolah seperti ini di negara sendiri. Yang pasti, Allah memberi ruang untuk memulakan sesuatu ‪#‎kinderkaizenjourney‬ moving forward definitely!




Read More

Saturday 4 June 2016

Teacher Centred - Children Centred


Seperti yang pernah saya jangkakan dalam beberapa siri talk saya, 10 tahun akan datang, ianya bukan lagi tentang berapa A anak anda dapat. Ianya berkenaan life skills, leadership skills, segala jenis skill yang tidak ada kena mengena dengan HAFALAN EXAM.
Dah ada parents yang nampak perkara ini, maka TAHNIAH di ucapkan kerana anda berada di track yang betul.
Bagi anda yang belum, masih belum terlambat.
Bagi anda yang tahu rakan-rakan anda yang masih sibukkan Grade A, Kelas Pertama, etc... mohon kongsikan.
Alhamdullillah kita memang ada bidang Vokasional dan Teknik. Cumanya ia tidaklah seglamer institusi lain.
Its ok. Yang pasti, ianya akan glamer tidak lama lagi.
Insyaallah semoga kita semua positif menghadapi perubahan2 ini.

*Nota Kecil : Vietnam naik dalam tangga PISA beberapa tahun lepas mengalahkan kita walaupun negara tersebut tidaklah semaju Malaysia. BAGAIMANA? Mereka hanya tukar daripada Teacher-Centred kepada CHILDREN-CENTRED.

Read More

Change!



Sometimes, kita tidak hanya boleh jadi keyboard warrior. Sometimes, kita perlu keep on moving forward dan usahakan perubahan.
Saya maafkan mereka yang memberi feedback negatif, mungkin kerana kita tidak mengenali. Saya berterima kasih pada mereka yang memberi sokongan, kerana anda mungkin kenal saya atau memahami apa yang cuba saya sampaikan.
It's ok. This is life. And it is a big wonder of how the environment actually nurture each one of us, making who you really are on social media.
Whatever it is, I have a strong believe that everyone is playing their role in this process of change.
-a big smile for all of you-


Read More