Monday 1 July 2013

Pembelajaran Sekolah di United Kingdom


Salam semua. Hari ini, saya ingin kongsikan satu video bagaimana seorang guru di setting pembelajaran sekolah di United Kingdom untuk Darjah 2, mengajar kanak-kanak untuk menulis karangan. Dalam pada beliau cuba mengajar, beliau menggunakan Teknologi. Guru ini membawa kanak-kanak untuk bersama-sama berimaginasi, seolah-olah kanak-kanak benar-benar berada dalam situasi tersebut.

Apa yang saya cuba untuk highlightkan adalah:

1. Bagaimana cara Guru ini berkomunikasi dengan kanak-kanak? (sangat menarik)

2. Bagaimana cara Guru ini mengawal suasana dalam kelas?

3. Bagaimana cara Guru ini menggalakkan kanak-kanak untuk berbincang sesama rakan sekelas?

4. Cuba dengar, ayat-ayat positif yang di gunakan untuk menggalakkan participation kanak-kanak!

5. Adakah PASSION Guru ini yang meminati bidang kanak-kanak membantu beliau untuk mengajar dengan cara yang sangat menarik ini?

Tidak perlu untuk MARAH-MARAH

Tidak perlu untuk jadi GARANG

Tidak perlu untuk JERIT-JERIT

Beliau kadang2 hanya berbisik. Body language yang merendahkan diri beliau untuk berada pada tahap yang hampir sama dengan kanak-kanak.


InsyaALLAH, saya akan huraikan pemerhatian saya berkenaan video ini dengan lebih lanjut selepas ini.

URL : https://www.facebook.com/drafzanmaria/videos/10152043514292519/


0 comments:

Post a Comment