Thursday 25 February 2016

Aktiviti 'Estimation' ataupun Membuat Anggaran


Aktiviti Estimation ini adalah sebahagian dari KBAT atau HOTS. Skill ini adalah sangat penting berbanding dengan 'hafalan sifir' yang belum tentu di fahami oleh kanak-kanak. Pengalaman di UK mendedahkan kami kepada kanak-kanak berumur 4-5 tahun yang belum boleh membaca, tetapi hebat dalam melakukan ESTIMATION. And how is that?
Video ini memberikan sedikit idea berkenaan 'estimation', dan kami cuba untuk berkongsi dengan anda, bagaimana PROSES seorang kanak-kanak bernama Aalia melakukannya.
Lihat proses bagaimana 'photographic memory' berlaku di sini. Dengan hanya seimbas lalu, Aalia mencuba untuk mengira bilangan batang aiskrim yang di lihatnya.


Apa yang kami cuba lakukan?
1. Meningkatkan KBAT di kalangan kanak-kanak 4-8 years old di KinderKaizen.
2. Proses menganalisa nombor berlaku serentak dengan cubaan mengira (di mana Aalia cuba untuk make sense of berapa bilangan batang aiskrim yang dilihatnya).
3. Proses ini membantu kita dalam menganalisa sesuatu masalah, tetapi ini adalah permulaan kepada proses tersebut. Latihan yang kerap akan mengasah skill ini.
4. Kemampuan untuk menghasilkan matematik model. 
5. Kemampuan untuk melihat sesuatu masalah melalui Helicopter View.
Dan sebenarnya, ada banyak lagi...
Nota Kecil: Bukan mencari jawapan yang betul, tetapi mencari jawapan yang hampir tepat.


Youtube : https://www.youtube.com/watch?v=BePjnZNkdj0
Facebook : https://www.facebook.com/drafzanmaria/videos/vb.535779603148147/1032436266815809/?type=3&theater



0 comments:

Post a Comment