Apa itu PlayPhonics?
Belajar membunyikan huruf untuk menghasilkan perkataan, dan secara tidak langsung membantu proses mengeja dan penulisan huruf tersebut.
Kenapa?
Kerana secara kognitifnya (Putri Afzan Maria, 2013),
otak kita memproses bahasa dengan asas bunyi.
Kenapa?
Kerana mengeja dengan menggunakan NAMA huruf dan mengeja dengan menggunakan BUNYI huruf memberikan 2 hasil yang berbeza
- jika kita memahami bagaimana PROSES KOGNITIF dalam otak berfungsi.
Bagaimana?
Contoh: cuba eja MEMBACA
1. Gunakan NAMA huruf :
M-E-M-B-A-C-A
(em)+(ii)+(em)+(bi)+(ay)+(si)+(ay)= ?
emiiembiaysiay
2. Gunakan BUNYI huruf :
M-E-M-B-A-C-A
(mm)+(eh)+(mm)+(b)+(aa)+(ch)+(aa)= ?
mmehmmbaachaa
Mana yang lebih hampir?.. lebih logik akal? Dan yang paling penting, melalui satu proses kognitif yang boleh di terima akal?
Serius x susah pun... Kalau anda tahu basic nya... Lebih mudah...
Tapi tujuan PlayPhonics bukan untuk push anak2 reading, tetapi bermain sambil belajar membaca - yang penting, untuk tanamkan MINAT membaca, kita sangat perlu untuk buatkannya nampak MENARIK!
0 comments:
Post a Comment