Saturday 13 February 2016

Push reading and writing back


Seronok bila dah ramai advocating d same thing... Dalam pada saya sedang focus pada perkembangan Kinderkaizen... Ramai yang advocating similar matters...
Tapi sayang... Masih ramai yang x nampak...
Kita perlu banyakkan membaca dearest parents... Buka mata... Lihatlah dengan hati... Dari mana datangnya hati itu? Akal kita dearest parents...
Please... STOP DOING TOO MUCH TOO SOON. Kesiannya anak2... System can be changed... Tapi kalau sekali anda tersilap buat perencanaan untuk anak anda.. Disebabkan anda kurang faham dengan Perkembangan Anak2... There are no REVERSE button ya...
Think! Iqra' Iqra' Iqra'...


Push reading and writing back from kindergarten to Standard 1 and 2 at Primary School.
Sangat banyak kajian menjelaskan bahawa lebih awal anak-anak belajar membaca tidak menjadikannya lebih pandai dan seterusnya menjamin si anak menjadi lebih berjaya dan gembira dengan kehidupannya. Tetapi implikasi kanak-kanak kurang bermain, adalah signifikan dan memerlukan tindakan.
Selain daripada Kathy Hirsh-Pasek dan Michnick Golinkoff Roberta di dalam buku mereka "Einstein Never Used Flash Cards: How Our Children Really Learn -and Why They Need to Play More and Memorize Less", Dr Leonard Sax di dalam buku Boys Adrift ini juga menekankan hal yang sama. Tumpuan lebih diberikan kepada implikasinya terhadap anak lelaki.
Bahagian otak yang mengendalikan aspek bahasa bagi kebanyakan kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun adalah seperti otak kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun setengah. Perbuatan mendesak anak belajar membaca pada umur itu adalah memaksanya melakukan sesuatu yang otaknya belum bersedia. Ia berbeza daripada aktiviti membacakan buku kepada anak-anak.
Apa yang ditekankan di sini adalah 'kegilaan' mengheret aktiviti belajar membaca pada umur 7 dan 8 tahun, kepada umur pra sekolah. Apabila anak-anak menjadi 'restless', terutamanya anak lelaki, kita cepat pergi kepada mengandaikannya berhadapan dengan masalah ADHD dan Dyslexia. Belajar membaca dan menulis mesti ditolak kembali ke kelas Darjah 1 dan 2 kerana itu yang wajar dengan otak kanak-kanak. Usia pra sekolah adalah usia belajar melalui bermain, bersosial dan berinteraksi dengan alam. ‪#‎mykhalifahjourney‬ ‪#‎abahmy‬

Facebook : https://www.facebook.com/mykhalifahjourney/photos/a.1627119244221193.1073741829.1627064917559959/1676714242595026/?type=3&theater
Shared : https://www.facebook.com/mykhalifahjourney/


0 comments:

Post a Comment