Saturday 13 February 2016

Pembelajaran di UK


Hari ni hari kongsi sedunia.. Saya X perlu cerita panjang2... Ramai yang dah explain mcm2...
Semalam 12/2/2016 genap 4 tahun kami balik Malaysia... After 7 years duduk di UK. Kami belajar hidup susah senang di sana... Kami belajar melalui pemerhatian... Kami belajar bagaimana orang disana lebih Islamic sebab mereka lebih KEMANUSIAAN...
Status Ustaz Hasrizal mmg best! Berkenaan mengislamkan anak versus memanusiakan anak... Memang keras.. Tapi sgt betul...
Schools should be fun... Alhamdullillah saya seronok bila fenomena Kinderkaizeners taknak balik rumah sebab seronok di kinderkaizen... Saya happy Bila anak2 lebih memilih nak datang Kinderkaizen compare to tempat lain.. Bila Sabtu dan ahad pun nak dtg sekolah...
Jika anda dapat buatkan anak2 HAPPY ke sekolah... Anda berjaya from one aspect...
Alhamdullillah.. Keep it up!
Jika anda tidak dapat melakukannya, try and reflect... Apa yang kurang.. Cuba perbaiki ya... Insyaallah pasti Boleh...

Nak tengok tak apa year 3 belajar tentang geography? Jom!!
Tahun ni saya banyak bekerja di tahun 3 dan 4. Kali ni nak share pasal pembelajaran geography di tahun 3. Tahun 3 di sini berusia 7 dan 8 tahun.
Topik pembelajaran UK untuk tiap topic subject( geography, science, history, religious edication, arts) bergantung pada setiap sekolah. List of topics dikeluarkan oleh Kementerian dan sekolah boleh pilih apa yang mereka nak ajar dalam setahun. Takder buku teks hokey!! Lol
Pelajar tahun 3, sekolah saya semester ni di ajar berkenaan 'Volcano' dalam subject geography.
Cara pembelajaran di sini selalunya bermula dengan tayangan video youtube 10-15 minit berkenaan 'Apa itu Volcano?'. Yer la kita tak tunjuk camner la budak nk imagine apo ke benda volcano tu. Konsep di dalam fikiran kita untuk mengajar perlu sentiasa di 'visualise'. Pelajar takkan boleh imagine sesuatu pelajaran tu kalau kita tidak meng 'visualise' kannya. Dan dengan teknologi sekarang ni, pelbagai cara ia boleh di 'visualise' kan.
Anyway, about two lesson starts with knowing about volcanoes. Then, mereka kena buat profile tentang volcano daripada apa yang mereka dah belajar. Mereka kena buat research dalam ipad tentang volcano facts. Kemudian presents pada kelas.
Lesson ketiga untuk volcano adalah membuat 'model volcano'. Seperti gambar yang saya letak tu, tu lah dia rupa volcano hasil dari clay dan small milk bottle.
Pembelajaran di UK adalah berformatkan 'cross curriculum learning'. Ini bermaksud pembelajarannya bertema. Jika di peringkat rendah yakni nursery hingga year 2, tema lebih specific pada common things ( eg: jungle animals, sea animals, food etc) . Saya tak nak cerita pasal tema sangat sb ni dh boleh buat satu buku lain lol.
Cross curriculum learning ni adalah mengintegrasikan topik dalam most subjects. Jadi bila volcano di ajar dalam geography, ia juga digunakan dalam sains, english dan ict.
Dalam sains, pelajar di ajar tentang eruption of volcanoes. Macamana volcano meletup. Apa yang boleh digunakan untuk membuat 'model volcano?' meletop. Jadi di sini lah kita menerangkan campuran air, bikarbonat soda, sabun basuh dan cuka boleh memberikan satu reaction yang boleh membuak ibarat lava gunung berapi !! Wahh seronok!
Ok-- pada waktu yang sama mereka belajar pasal reaction, mereka harus menggunakan teknologi ipad merakamkan kejadian itu.
Jadi waktu pelajaran ICT, secara berkumpulan, mereka harus merakamkam laporan mereka ( ala2 majalah tiga tentang volcano). Selesai rakaman, mereka diajar pula cara meng 'edit' menggunakan software iMovie.
Apa berlaku selepas mereka menonton hasil rakaman tiap kumpulan? Mereka harus buat group assessment. Mereka harus beri komen membina apa kelebihan dan kekurangan rakaman mereka. ( self assessment is required for most subject in UK)
Finally dalam English, mereka harus menulis laporan berkenaan volcano.
Phew--!! Selesai pembelajaran 5 minggu. Apa yang menarik kanak-kanak seawal usia ini dapat memahami bagaimana volcano terjadi, jenis-jenis volcanoes etc.
Perkataan 'eruption' 'magma' 'tectonic plates' dipelajari dan digunakan dalam pertuturan mereka.Yang pasti ingatan mereka jelas pasa volcanoes kerana mereka membuat model itu.
Jangan lupa kanak-kanak ini baru berusia 7/8 tahun dan sudah membuat semua tugasan di atas.
Memang lah nampak sistem pembelajaran UK 'lepak' bagi kebanyakkan ibu bapa, sebab takder buku teks dan anak-anak sekolah rendah tak duduk di meja menghafal ' jenis2 tanaman di dunia atau iklim di dunia'.
Tapi sistem di sini, bukan semata menghafal. Ianya lebih pada knowledgeable facts through learning with inquiring minds. Penekanan 'inquiring minds' mmg lah format pembelajaran UK seawal 3 tahun!! Nk citer pasal bab ni, lain waktu kalau rajin hehe.
Seronok kan belajar gini? Siapa tak suka sekolah kalau pembelajaran nya begini. Saya pun nak gi hari-hari ke sekolah.

Facebook : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10153835268763548&set=pcb.10153835269553548&type=3&theater
Shared : https://www.facebook.com/hhamzah

1 comment:

  1. wah nampak lebih seronok dan budak2 mestii asyik bercerita pasal apa yg telah mereka lakukan .. .. ni kat nursey 3y dah ada buku mcm2 :)

    ReplyDelete