Monday 28 March 2016

EQ & SQ


"Allah jadikan kita sebab dia boring...lepas tu dia tengok je..."
Al-kisah selepas selesai solat maghrib bersama anak-anak, saya bertanya kepada dua orang anak lelaki saya ;
Saya : "Kenapa Allah jadikan manusia di muka bumi ini?"
Farish (sulung) : Sebab Allah suruh kita buat suruhanNya dan tinggalkan laranganNya.
Anak kedua saya pula senyum tersipu-sipu..
Imran (anak kedua) : ...."taklah...sebab Dia boring, sebab tu dia buat kita..lepas tu dia tengok je kita buat apa."
Saya tersenyum sambil melihat aksi Imran yang sedang menongkat dagu dengan kedua belah tangan sambil matanya memandang ke lantai seolah2 sedang melihat semut-semut sedang berjalan. What an imagination!
Disini terdapat dua jawapan yang berbeza dan juga konteks pengisian akal yang berbeda. Jawapan oleh Farish adalah dari aspek akademik yang berdasarkan pada buku teks di mana ianya telah di spoonfeed kan ke dalam otaknya manakala jawapan dari Imran merangkumi aspek EQ yang sedang cuba berhubung dengan SQ.
Jawapan Imran adalah berdasarkan informal observation dan formal input dimana Imran cuba untuk relatekan antara logik akal dan spiritual intelligence. Dalam erti kata yang lain pencarian jawapan oleh Imran adalah secara semula jadi tanpa mempunyai batas2 jawapan spoonfeed. Jika anda berada di tempat saya, anda teruja atau anda tak perasan pun perkara ni?


Dear Parents, Pengukuhan EQ adalah amat penting kerana EQ yang kukuh akan dapat berhubung dengan SQ. Persoalannya disini, apakah dengan hanya fokus pada IQ, anak anda akan dapat memperoleh SQ secara automatik? Jawapannya TIDAK sama sekali! 
SQ hanya dapat wujud jika EQ di bina dengan asas yang kukuh.


Secara kesimpulannya, kita tidak seharusnya memandang IQ semata2, tetapi sangat perlu untuk membina EQ. Dalam waktu yang sama, terapkan nilai2 murni dengan menggunakan pendekatan yang positif terhadap anak2. Pendekatan ini bukan sahaja dari segi perbualan tetapi dari segi tingkah laku juga. Sebagai contoh, penerangan erti sedekah sepatutnya disusuli dengan perbuatan melakukan sedekah tersebut. Ajak anak untuk sama-sama melakukan kebaikan tersebut sambil bercerita (yang mewujudkan perasaan empathy) menjelaskan perkara tersebut.

Begitu juga contoh simple kejadian kenapa langit itu biru? Jawapan pendek, "...sebab Allah yang jadikan..." tidak cukup kuat untuk menyentuh aspek SQ mahupun EQ.
Wallahu'alam.

Facebook : 
https://www.facebook.com/drafzanmaria/photos/a.535810639811710.1073741826.535779603148147/1054424537950315/?type=3&theater


0 comments:

Post a Comment