Thursday 3 March 2016

Number Sense


Apakah ia? Kenapa ianya Penting? Bagaimana ianya berkembang?
Video ini mengandungi 2 segmen:
1. Pengendalian Numerical System
2. Pemahaman Konsep Nombor

Di sini, kami kongsikan dengan Tuan/Puan berkenaan kepentingan pengenalan kepada konsep nombor (bukan SIMBOL NOMBOR dan bukan HAFALAN) dan apakah kegunaan nombor-nombor ini.
Imran di dedahkan dengan konsep nombor dahulu, sebelum beliau boleh menulis nombor. Latihan yang dilakukan adalah biasanya dalam bentuk quiz yang banyak menguji minda. Imran tidak pernah disuruh menghafal sifir, mahupun melakukan exercise yang banyak. Saya pasti semua kanak-kanak BOLEH, jika mereka didedahkan dengan teknik yang sama.


Perhatikan proses bagaimana IMRAN mengira:
1. Perhatikan penggunaan Photographic Mind (hasil dari pembelajaran estimation)
2. Perhatikan kebolehan IMRAN dalam mengenali value and position of the numbers. 
3. Perhatikan konsep Mental Mathematics.
4. Fikirkan proses yang terlibat dan bagaimana ianya relate kepada penggunaan nombor dalam kehidupan seharian.
5. Perhatikan juga bagaimana LISTENING SKILLS sangat membantu dalam proses pemahaman teks matematik.

Nota Kaki:
Kami tidak sama sekali menggunakan BUKU KERJA di ‪#‎kinderkaizen‬. Tetapi lebih kepada penggunaan nombor dalam kehidupan seharian. (Jika anda antara mereka yang sangat risaukan persediaan LINUS, suka untuk saya sampaikan bahawa, kebolehan NUMBER SENSE ini adalah di tahap JAUH LEBIH TINGGI dari tahap aktiviti dalam buku. Apakah yang sebenarnya penting di sini : Buku atau Guru yang membantu?)

Video ini adalah susulan dari video ESTIMATION yang dikongsikan sebelum ini.


Youtube : https://www.youtube.com/watch?v=k8FKNCvBop8


0 comments:

Post a Comment