Thursday 24 March 2016

Tomorrow or Today?



Hmmm...
Senyap seketika tidak bermakna hilang terus.
Senyap seketika kerana memikirkan apa yang ibubapa zaman ini sedang fikirkan.
Senyap seketika kerana saya kecewa masih ramai yang tidak menerima anak mereka seadanya mereka.
Senyap kerana saya kecewa melihat ibubapa berkejar-kejar berlumba sesama sendiri, untuk apa ya?
Senyap kerana menggeleng kepala melihatkan pelbagai ragam ibubapa.
Please slow down...
Development phase setiap anak itu tidak sama.
Dalam pada anak kawan itu sedang giat menulis. Anak anda mungkin sedang giat KBAT!
Dalam pada anak kawan sedang petah berkata-kata, anak anda sedang membina schema didalam minda mereka.
Dalam pada anak kawan sedang membaca, anak anda sedang membina imaginasi seorang perekacipta yang bakal hebat.
Siapa tahu? Allah tahu!
Tetapi kita lebih mudah melihat orang lain dari melihat diri sendiri atau anak sendiri. Nauzubillah... Reflek diri sendiri. Pandanglah mata anak-anak dengan renungan yang dalam. And tell yourself. Please slow down.

Facebook : https://www.facebook.com/drafzanmaria/photos/a.535810639811710.1073741826.535779603148147/1050905768302192/?type=3&theater


0 comments:

Post a Comment