Sunday 27 March 2016

Forest Preschool


Forest PreSchool - InsyaAllah, tidak ada masalah untuk jalankan.


TETAPI, sebelum menjalankannya, fikirkan perkara-perkara ini :
  • Adakah masyarakat kita boleh menerima method ini?
  • Adakah ibubapa kita bersedia untuk menghantar anak mereka ke forest preschool? Paling tidak, mereka akan kata, di luar negara boleh lah, kita lain. (oh my, sampai bila pun takkan berubah kalau tidak mulakan sekarang)
  • Adakah cikgu kita boleh menerima konsep ini? Sedangkan nak jalankan MESSY PLAY pun ramai yang cuba mengelat, sebab malas nak mengemas, apatah lagi bila berlecak bagai.
  • Adakah kita creative enough untuk menghadapi method seperti ini, bilamana kita terlalu terikat dengan JADUAL WAKTU 30 minit setiap subjek? Hmm...
  • Boleh survive ke tanpa BUKU KERJA?

Bayangkan...
  1. Tidak ada kertas
  2. Tidak ada pensel / pen / marker pen
  3. Tidak ada buku
  4. Tidak ada blackboard mahupun whiteboard.


Boleh survive?
InsyaALLAH boleh, kalau kita open to new methods, new changes, dan PERCAYA bahawa anak-anak tidak perlu exam bagai dalam sesebuah sesi persekolahan. Adakah EXAM the only METHOD to assess your knowledge?
InsyaALLAH boleh, kalau kita OKAY JE dengan LINUS whatever it is... LINUS hanya untuk mengenalpasti jika anak anda masih perlukan bantuan - Saya amat berharap agar semua pihak tidak mengambil perkara ini wrongly... and don't approach this wrongly too.
InsyaALLAH boleh, kalau kita sama level pemikiran dengan mereka yang maju dalam sistem pendidikan. Masalahnya, kita sudah beberapa tahun ketinggalan, and we don't seem to want to improve. Kita hanya keep on TOP UP and TOP UP! Rules Engineering - scrap off everything, and start from scratch!
Masalahnya, WHEN WILL WE BE READY? -angkat bahu-

URL : 
http://www.upworthy.com/see-adorable-photos-of-7-forest-schools-from-around-the-country?g=2&c=hpstream

0 comments:

Post a Comment