Tuesday 5 April 2016

Benefits of Messy Play


Tidak ramai orang kita yang boleh accept Messy Play, hence penulisan saya baru2 ini berkenaan Forest Kindergarten - adalah satu Social Experiment dalam melihat feedback pembaca.
Rugi besar jika kita terlalu mengawasi anak, sehinggakan messy play tidak dibenarkan. 
It's part of the process. Children needs it.

Read on!


Messy Play: Parents/Cikgu versus Anak-Anak 

Di Kinderkaizen, bersedialah dengan baju biasa-biasa sahaja. Kita memang sengaja nak dedahkan anak-anak dengan messy play. Kenapa? 

Bacalah antara kelebihan messy play.

Saya dapat laporan, ramai juga anak-anak yang penggeli. Penggeli pada tempat yang betul, saya tidak ada masalah. Tetapi penggeli dengan perkara-perkara yang membantu proses pembelajaran is ABSURD. Sayang... bila tidak didedahkan dari awal.

Aktiviti seperti TotsPlay, bukan untuk kita hiaskan anak dengan pakaian cantik, ataupun branded. Ataupun pakaian baru. Our objective is to achieve the development appropriate practices following the targeted age group. Anda pastinya tidak mahu slow/late development, kan?

So, kalau tak follow macamana?

Ada perkara yang anak anda akan ketinggalan.

Jadi, atas pada anda, samada anda mahu atau tidak. Terlalu controlling tidak memberikan efek yang baik. Ada yang sentiasa bersedia dengan tisu untuk cepat-cepat sapu atau lap. Ada yang meminta apron (maaf, it is not necessary with messy play). Ini belum lagi didedahkan dengan Forest Kindergarten (seperti post saya baru-baru ini). MasyaAllah dengan lumpur bagai, pakai apron pun tak membantu. Belum lagi kami dedahkan dengan cacing hidup mahupun katak.. ðŸ˜‰

Dear Adults, Early Childhood adalah sangat luas. Proses mendidik anak-anak perlu dilapik dengan ilmu. Tingkatkanlah bacaan. Hadirilah majlis ilmu oleh mereka yang sememangnya pakar dalam bidang ini.

Semoga usaha Kinderkaizen dalam cuba untuk memartabatkan fitrah anak-anak dalam bermain mendapat rahmat dari Allah SWT. Jika Finland atau UK terlalu jauh untuk anda, cubalah Kinderkaizen.

Dibawakan KHAS oleh saya, Dr. Putri Afzan Maria untuk generasi kanak-kanak sekarang ini sehinggalah yang mendatang.. 



0 comments:

Post a Comment