Wednesday 6 April 2016

Free Writing


Saya perlu kongsikan yang ini, kerana inilah yang membuatkan ramai ibubapa tidak berani mencuba ‪#‎Kinderkaizen‬ kerana cara kami bukan cara-cara biasa seperti di kebanyakan institusi pendidikan yang lain.
Kami cuba tegar untuk tidak mudah mengikut arus pemikiran biasa-biasa di Malaysia, yang menjadikan (sebagai contoh) Montessori hanya tinggal pada nama. Montessori hari ini, di Malaysia, sudah berubah kepada - kononnya untuk memenuhi kehendak ibubapa - 3M seawal 3 tahun - maka Montessori yang pada awalnya adalah lebih kepada membentuk sahsiah diri, menggalakkan interaction 1 to 1, dan pelbagai lagi aktiviti life skills, telah berubah imej. Sayang... (kembalikan Montessori yang asal.)
Sayang sebab bila di teliti, keadaan di negara kita, ramai ibubapa yang tidak percaya kepada proses... proses sememangnya perlahan.. tetapi PASTI!
Proses yang memang tidak memberikan sebarang keberhasilan dalam seminggu dua tetapi bertahun-tahun akan datang.
Sepertimana saya risau melihat bidang pendidikan dijadikan medan perniagaan, begitu jugalah saya risau pada mereka yang menggunakan nama PLAY tetapi tidak ada ilmu dalam menjalankan konsep tersebut.
Maaf, konsep PLAY, bukan TRENDING dan tidak boleh jadi TRENDING sepertimana yang anda nampak sekarang ini, makin bertambah-tambah. Semoga Ibubapa bijak dalam menilai, siapakah di sebalik pembinaan sesebuah institusi pendidikan tersebut.. carilah mereka yang ikhlas dalam mahu membantu memartabatkan Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Malaysia.
Semoga Allah membetulkan niat di hati ini. Amin.



KinderKaizen - Free Writing

Haritu, saya post berkenaan Puffy Paint Writing menggunakan botol besar.

Kemudian saya kongsikan program PlayPhonics hujung minggu. KinderKaizeners yang sertai kami setiap hari, di terapkan dengan PlayPhonics setiap hari, tak lama pun hanya dalam 5 minit setiap hari (sepertimana yang saya kongsikan dalam talk dan workshop Phonics saya). 

Aktiviti Doodling, sememangnya menjadi rutin setiap hari, bilamana anak-anak KinderKaizeners mahukan. Mereka hanya perlu meminta kertas dan bahan menulis.

TADAAAAAAA!


Apa yang anda nampak dalam gambar?

Can they write? Of course they can!
Can they hold the pen properly? Of course they can!
Do you think they willingly write this, or are they being forced to complete a workbook? Because of syllabus based method?

Yang penting sekali, kami tidak ada workbook bagai. Kami tidak pernah memaksa atau control mereka memegang pensel dengan cara yang betul. Our PlayLeaders tidak stress dengan proses ini. Malah, everyone had fun! When one is not fond of writing, what do you do? Tackle their interest. Tackle their Multiple Intelligence. 

...dan yang paling best, ini baru Bulan APRIL! 

...dan lagi best di sebabkan method ini, kami memberikan kepercayaan penuh pada keupayaan anak-anak KinderKaizen - maka ini memberikan mereka ruang untuk YAKIN DIRI. Slow and easy, ruang untuk bernafas dan develop dengan rentak mereka sendiri...

I should THANK the parents for trusting our approach and yang perlu saya highlight kan, these parents who are with KinderKaizen, knows and understands why they choose KinderKaizen. Mereka juga impikan environment seperti di Finland. Mereka percaya EQ dan SQ saling berkait rapat. 

Ini belum lagi saya ceritakan anak-anak berumur 4-6 tahun, bermusyawarah dalam menyelesaikan sesuatu masalah. I witnessed this myself. Alhamdullillah, semoga Allah permudahkan usaha kami. Semoga kami dapat reach out, for all children to have a taste of how its like overseas!





0 comments:

Post a Comment